Resepi Ayam Masak Merah Sedap

 


Bahan-bahan

  • 1 ekor ayam
  • 3 biji bawang besar
  • 4-5 ulas bawang putih*
  • 1 1/2 inci halia*
  • 3-4 senduk cili kisar
  • 5 sudu besar sos cili
  • 2 biji tomato
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 biji bunga lawang
  • 5 buah pelaga
  • Garam dan gula secukupnya

Cara masak

  1. Potong ayam kecil-kecil (terpulang).
  2. Gaulkan ayam dengan garam dan kunyit, goreng separuh masak.
  3. Kisar bahan bertanda *.
  4. Panaskan minyak, tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sampai naik bau. Masukkan serai dan tumis lagi.
  5. Masukkan bahan kisar dan tumis sehingga garing. Masukkan cili kisar dan masak sehingga garing.
  6. Masukkan sos cili dan tomato. Biar seketika dan kacau sekali sekala.
  7. Perasakan dengan garam dan masukkan ayam tadi. Gaul sehingga masak.

0 comment... add one now

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.