Top Ad 728x90

, ,

Realme model C53, tawar pengecasan lebih pantas

Realme C53

 


Realme telah melancarkan realme C53 siri C terbaharu dengan harga mampu milik, kualiti kamera lebih baik dan pengesan lebih pantas.

Telefon pintar itu disediakan dengan Caj Supervooc 33W, dengan bateri 5000mAh untuk memudahkan pengalaman penggunaan harian.

Menurut realme, model C53 itu menyasarkan untuk menamatkan era pengecasan perlahan dengan menawarkan pengecasan Supervooc 33W, dengan teknologi pengecasan arus rendah voltan tinggi yang mengambil masa hanya 31 minit untuk mengecas hingga 50 peratus.

“Berbanding dengan potensi pengecasan sebelum ini sebanyak 10W, C33 dan C53 telah meningkatkan kelajuan pengecasannya sebanyak 100 peratus.

“Dengan bateri 5000mAh yang besar, C53 menyediakan prestasi pengecasan tanpa kebimbangan untuk meningkatkan pengalaman pengguna harian.

“Realme C53 dikuasakan oleh cipset teras-okta T612 dan dipasangkan dengan 12GB RAM dinamik dan 128GB ROM yang merupakan storan terbesar dalam segmen tersebut.

“Dengan Teknologi DRE Dynamic RAM Expansion, realme C53 boleh mengembangkan RAM kepada 6GB untuk pengguna menikmati pengalaman yang lebih lancar,” katanya dalam kenyataan.

Selain itu, C53 menyokong dua kad SIM Nano dan satu kad MicroSD pada masa yang sama, menghasilkan pengembangan storan sehingga 2TB.

Realme C53 sasar untuk menjadi telefon pintar peringkat permulaan rekaan terbaik dengan reka bentuk bersaiz 7.49mm, paling nipis dalam segmen serta dalam Siri C realme.

Dari segi bahagian belakang C53, ia direka dengan reka bentuk Shiny Champion yang didatangkan dengan warna Champion Gold dan Mighty Black.

Mengenai kamera pula, C53 menampilkan kamera utama 50MP dengan apertur f/1.8 dan lensa 5P bersama-sama lensa B&W dengan apertur f/3.0.

Terdapat juga kamera swafoto dengan kualiti kamera 8MP di bahagian hadapan.

Selain itu, C53 membolehkan pengguna mencipta imej dalam gaya pilihan mereka dengan pelbagai fungsi imej inovatif.

C53 turut dilengkapi dengan pembesar suara UltraBoom dan penderia pantas cap jari sisi.

Untuk menjaminkan pengalaman yang tahan lama, realme C53 telah menjalani ujian yang ketat untuk menawarkan kualiti yang terbaik. –

Sumber : UTUSAN

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90