Top Ad 728x90

Anak Menteri Pendidikan dapat 9A

anak fadhlina

 


Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menjadikan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) anak perempuannya yang memperoleh 9A sebagai satu jaminan kepada ibu bapa untuk menyakini sistem pembelajaran aliran perdana.
Melahirkan rasa lega apabila anaknya, Thurayya Fadhilah Mohd Fadzli yang bersekolah di Sekolah Menengah Agama (SMA) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memperoleh keputusan cemerlang, Fadhlina berkata, ia adalah sebahagian daripada kenangan manis pada tahun ini.
“Saya ingin memberikan keyakinan kepada ibu bapa semua bahawa anak-anak yang bersekolah di aliran perdana di sekolah kerajaan boleh mencipta kejayaan dengan syarat kita sebagai ibu bapa kena beri sokongan sepenuhnya.
“Aliran perdana membuktikan bahawa keputusan ini didokong oleh eko sistem yang baik, guru-guru cemerlang dan terlatih.
“Pastinya ini adalah sebagai satu saranan kepada ibu bapa untuk terus menyakini sekolah-sekolah kerajaan,” katanya ketika ditemui meninjau keputusan SPM di Sekolah Menenangah Kebangsaan (SMK) Sultan Abdul Aziz Shah.
Terdahulu, Fadhlina sempat meluangkan masa meraikan keputusan SPM anaknya, SMA Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Bandar Sri Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur.
Fadhlina yang menghadiri majlis pengumuman rasmi keputusan peperiksaan SPM peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sekolah itu, duduk di kerusi ibu bapa. Thurayya Fadhilah, 18, yang juga pelajar di sekolah itu meraih keputusan 9A 2B+.
Secara keseluruhan, keputusan SPM 2022 bagi Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur mencatatkan Gred Purata Negeri (GPN) lebih baik, iaitu 4.75 berbanding 4.81 pada SPM 2021, dengan GPN mengecil sebanyak 0.06 mata.
Seramai 17 calon atau 0.11 peratus daripada 15,102 keseluruhan pelajar menduduki SPM di WP Kuala Lumpur pada 2022 meraih pencapaian cemerlang tertinggi (Gred A+), dalam semua mata pelajaran, sekali gus meningkat 0.04 peratus berbanding 2021.
Sumber : Utusan

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90