Top Ad 728x90

, ,

Saintis temui koridor tersembunyi dalam Piramid Giza

 


Koridor tersembunyi sepanjang sembilan meter ditemui berhampiran pintu masuk utama Piramid Giza, berusia 4,500 tahun yang membawa kepada penemuan lanjut, kata pegawai antik Mesir.

Ia ditemui susulan pelaksanaan projek Imbasan Piramid sejak 2015, menggunakan teknologi bukan invasif termasuk termografi inframerah, simulasi 3D dan endoskop untuk meninjau bahagian dalam struktur itu.

Piramid itu dibina sebagai makam monumental sekitar 2560 sebelum Masihi, ketika pemerintahan Firaun Khufu atau Cheops, pada ketinggian 146 meter dengan ia adalah struktur tertinggi dibangunkan manusia sebelum pembinaan Menara Eiffel di Paris pada 1889.

Ketua Majlis Tertinggi Karya Kuno Mesir, Mostafa Waziri, berkata koridor belum siap itu mungkin dibina bagi mengimbangkan berat piramid, sama ada di pintu masuk utama, terletak hampir tujuh meter jauhnya, atau ruangan lain yang belum ditemui.

Beliau berkata, lima bilik di atas ruang pemakaman raja di bahagian lain piramid juga dianggap dibina bagi mengimbangkan berat struktur itu, selain ada kemungkinan firaun memiliki lebih daripada satu ruang pengebumian.

"Kita akan teruskan imbasan bagi meneliti apa yang boleh dilakukan... untuk merungkai misteri," katanya pada sidang media di hadapan piramid itu.

Saintis mengesahkan kewujudan koridor berkenaan menggunakan radar dan ultrabunyi, sebelum mendapatkan semula imejnya dengan memasukkan endoskop setebal enam milimeter dari Jepun melalui sambungan kecil di piramid itu.

Penyelidik Scan Pyramid pada 2017, mengumumkan penemuan sekurang-kurangnya 30 meter panjang di dalam piramid itu, struktur dalaman utama pertama ditemui sejak abad ke-19. 

Sumber : REUTERS

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90