Amaran air pasang besar

 


Pusat Hidrografi Nasional (PHN) meramalkan berlakunya air pasang besar bermula 8 Disember 2022 hingga 11 Disember 2022.

Keadaan tersebut katanya, boleh menyebabkan limpahan air di kawasan darat dan berkemungkinan banjir di lokaliti kawasan rendah pesisir pantai.

“Penduduk berhampiran pesisir pantai disaran agar lebih cakna dan berwaspada berdepan fenomena ini.

“Sila pantau keadaan cuaca semasa dan rujuk agensi berkaitan untuk informasi keselamatan kawasan pesisir pantai,” katanya menerusi satu kenyataan di Facebook.

Orang ramai boleh melayari https://hydro.gov.my/ramalanpasangsurut/ untuk maklumat lanjut paras pasang surut di kawasan masing-masing. 


0 comment... add one now

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.