Ringkasan Pembentangan Bajet 2023

 

Berikut adalah ringkasan ucapan pembentangan Bajet 2023:

  • RM73 juta diperuntukkan bagi perkasa CyberSecurity Malaysia untuk kukuhkan pemantauan, pengesanan dan pelaporan ancaman siber

  • RM20 juta diperuntukkan di bawah Geran Pertubuhan Prihatin Komuniti untuk aktiviti kesukarelawanan bagi mempersiap diri sekiranya berdepan bencana seperti banjir dan kebakaran

  • Peruntukan awal RM100 juta disediakan di bawah Tabung Bantuan Bencana Negara dan Kementerian Kewangan bersedia untuk tambah peruntukan mengikut keperluan

  • Rancangan Tebatan Banjir sehingga 2030 sebagai strategi jangka panjang bagi beradaptasi dengan perubahan iklim di seluruh negara dengan nilai keseluruhan RM15 bilion

  • Rancangan Tebatan Banjir sehingga 2030 sebagai strategi jangka panjang bagi beradaptasi dengan perubahan iklim di seluruh negara dengan nilai keseluruhan RM15 bilion

  • Kerajaan akan terus perkasa sekuriti makanan supaya tidak lagi bergantung kepada bekalan import agar mampu berdaya tahan daripada sebarang kejutan masa hadapan

  • Kerajaan terus perkukuh ketenteraman awam dan keselamatan negara dengan KDN dan MINDEF diperuntukkan masing-masing sebanyak RM18.3 bilion dan RM17.4 bilion
  • Peruntukan penyakit jarang jumpa ditingkatkan kepada RM25 juta bagi tampung kos rawatan penyakit itu yang kian meningkat

  • Bagi galakkan rakyat berhenti merokok, Kerajaan cadang untuk mengecualikan duti import dan cukai jualan ke atas produk Terapi Gantian Nikotin

  • Bagi menerajui agenda kesihatan mental, Kerajaan bercadang tubuhkan Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan dengan peruntukan RM34 juta

  • RM420 juta disediakan untuk pembaikan hospital dan klinik daif serta penggantian peralatan usang, keutamaan kepada fasiliti kesihatan pedalaman Sabah dan Sarawak

  • Sejumlah RM4.9 bilion disediakan bagi menampung perolehan seperti ubat, reagen, vaksin dan bahan guna habis

  • Bagi galakkan Keluarga Malaysia melancong dalam negara, RM25 juta diperuntukkan dalam bentuk diskaun, baucar dan rebat bagi penginapan, pakej pelancongan, kraf tangan dan karya seni

  • Bajet 2023 beri tumpuan kepada seluruh Keluarga Malaysia daripada segenap lapisan rakyat - PM Ismail Sabri

  • Bajet 2023 tumpu aspek pemulihan ekonomi sebagai persediaan hadapi keadaan ekonomi tidak menentu tahun hadapan - PM Ismail Sabri

  • Bantuan kepada pesawah padi diperkenalkan semula dengan bantuan RM200 sebulan untuk tempoh tiga bulan atau semusim kepada 240 ribu pesawah dengan peruntukan RM228 juta

  • Kerajaan sediakan insentif khas bagi tubuhkan 50 buah TASKA OKU baharu berbanding 13 buah sedia ada

  • Pelbagai subsidi dan insentif merangkumi subsidi harga padi, baja padi, benih padi sah, baja padi huma dan insentif pengeluaran padi serta insentif tangkapan hasil nelayan dengan peruntukan RM1.8 bilion

  • Kerajaan akan pastikan kebajikan dan sokongan yang berterusan kepada pesawah, nelayan dan pekebun kecil

  • Potongan cukai tambahan kepada majikan yang menggaji bekas banduan termasuk penghuni Sekolah Henry Gurney, institusi perlindungan dan pemulihan Kerajaan serta pusat jagaan bukan Kerajaan

  • RM10 juta disediakan di bawah inisiatif Agropenjara bagi memperluas aktiviti pertanian dan perladangan libatkan 70 hektar tanah penjara

  • RM10 juta disediakan bagi pemberian baucar perjalanan kepada OKU melalui perkhidmatan e-hailing

  • RM20 juta untuk bekalkan peralatan mengajar serta menambaik baik fasiliti di sekolah berkeperluan khas

  • Kerajaan terus perkasa Skim 1 OKU 1 Perniagaan dengan mengecualikan bayaran fi pendaftaran dan pembaharuan lesen perniagaan

  • RM1.2 bilion disediakan untuk OKU antaranya bantuan penjagaan pesakit kronik, elaun OKU tidak berupaya kerja dan elaun pekerja cacat

  • Kerajaan terus sediakan geran berjumlah RM21 juta untuk sokong operasi institusi penjagaan warga emas, kanak-kanak dan OKU swasta yang dikendalikan oleh NGO

  • Hampir RM1 bilion ringgit disediakan untuk kebajikan warga emas berbanding RM580 juta pada 2020

  • RM305 juta disediakan kepada masyarakat Orang Asli antaranya bagi program bantuan sosial, peningkatan taraf hidup serta Pembangunan Bersepadu Perkampungan Orang Asli

  • Inisiatif pas bulanan My50 bagi perkhidmatan rel dan bas diteruskan, manfaat hampir 180 ribu pengguna warga Lembah Klang

  • Kerajaan akan tambah baik kemudahan di tujuh lapangan terbang Sabah dan Sarawak dengan membina wheelchair ramp

  • Kerajaan cadang lanjutkan tempoh permohonan insentif Green Investment Tax Allowance (GITA) dan Green Income Tax Exemption (GITE) hingga 31 Dis, 2025 bagi menggalakkan peaburan hijau

  • Bajet 2023 menyediakan peruntukan Perbelanjaan Pembangunan sebanyak RM95 bilion iaitu yang terbesar disediakan

  • Kerajaan komited untuk terus mensubsidi perkhidmatan pengangkutan udara dengan peruntukan RM209 juta bagi manfaat penduduk luar bandar

  • RM2.3 bilion diperuntukkan untuk sediakan ruang pembelajaran yang kondusif dan selamat buat murid-murid sekolah

  • Selaras dengan agenda memperkasa TVET, RM6.7 bilion disediakan di bawah tujuh kementerian utama yang melaksanakan pelbagai inisiatif TVET

  • Kadar Elaun Sara Hidup tajaan JPA bagi pelajar dan pegawai dalam negara akan diseragamkan dan dinaikkan RM100 sebulan bagi semua peringkat pengajian

  • Kadar makanan bermasak Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dinaikkan daripada RM2.50 kepada RM3.50 untuk Semenanjung dan RM3 ringgit kepada RM4 bagi Sabah, Sarawak dan Labuan yang akan berkuat kuasa pada Oktober 2022

  • MRT3 Fasa 1 dijangka siap pada 2028 manakala Fasa 2 pada tahun 2030

  • MRT 2 Fasa 2 dijangka mula beroperasi pada Jan 2023

  • Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150 akan disalurkan pada Januari 2023 libatkan peruntukan RM825 juta melebihi peruntukan tahun ini RM450 juta

  • Kementerian Pendidikan akan terus terima peruntukan terbesar iaitu sebanyak RM55.6 bilion berbanding RM52.6 bilion tahun ini

  • Kerajaan sedia RM100 juta di bawah Dana Pelaburan Strategik Tempatan bagi sokong pembangunan syarikat tempatan berasaskan teknologi

  • Cradle Fund akan sediakan peruntukan RM50 juta bagi membantu lebih banyak syarikat pemula berinovasi di peringkat antarabangsa

  • Kerajaan cadang status khas bagi Kompleks Petroleum Pengerang untuk insentif pelaburan industri kimia dan petrokimia

  • Bantuan Awal Persekolahan akan diberikan kepada semua murid tanpa mengira had pendapatan ibu bapa pada tahun hadapan

  • Insentif cukai pendapatan bagi pengeluar produk farmaseutikal tempatan dilanjutkan sehingga akhir 2025

  • RM20 juta disediakan secara geran padanan untuk pembangunan produk industri peranti perubatan

  • RM20 juta disediakan bagi laksanakan Program Usahawan Siswazah (PUSh) untuk manfaat 1,000 graduan ceburi bidang keusahawanan

  • Dana pelaburan lebih RM1 bilion akan diwujudkan sebagai pendekatan strategik bagi tarik lebih banyak pelaburan nilai tambah tinggi

  • RM10 juta disediakan kepada CREST untuk bangunkan aplikasi bagi industri automotif

  • Kerajaan komited capai tangga 10 teratas dunia sebagai negara berdaya saing menjelang 2025

  • HRD Corp akan sediakan RM750 juta untuk beri latihan kemahiran kepada lebih 800 ribu pekerja bagi tingkatkan produktiviti dan peluang pendapatan

  • Kerajaan melalui MDEC akan pelopori usaha transformasi UTC sebagai hab digital

  • Kerajaan cadang penubuhan 2 UTC baharu, selenggara UTC sedia ada dengan peruntukan RM20 juta

  • MOF bakal lancar piawaian pelaburan, pastikan agenda kemampanan dipertimbang dalam proses pelaburan GLC

  • EKUINAS sedia pelaburan Dana Asas berjumlah RM100 juta untuk syarikat bumiputera dengan nilai pelaburan minimum RM10 juta untuk setiap pelaburan

  • Atas keprihatinan Kerajaan kepada golongan susah dan B40, bantuan tunai di bawah JKM dan BKM tahun 2023 akan melebihi RM10 bilion

  • GLC, GLIC, komited buat pelaburan sehingga RM50 bilion bagi tahun 2023

  • Kerajaan cadang lanjut galakan cukai bagi pembangunan harta intelek sehingga 31 Dis, 2025

  • Gaji MySTEP akan dinaikkan sebanyak RM100 iaitu antara RM1,500 hingga RM2,100 ringgit berbanding RM1,400 hingga RM2,000

  • Khazanah Nasional akan labur RM1 bilion di bawah Dana Impak pada 2023

  • KWSP akan teruskan pembangunan Kwasa Damansara, wujudkan lebih 6,000 peluang pekerjaan dengan jumlah pelaburan RM3 bilion sehingga 2025

  • Kerajaan cadang beri Elaun Modal Dipercepatkan dan mengecualikan cukai pendapatan 100 peratus ke atas perbelanjaan modal bagi memacu produktiviti, kecekapan melalui automasi

  • Kerajaan cadang lanjutkan insentif cukai bagi syarikat bersatus BioNexus untuk permohonan yang diterima sehingga hujung 2024

  • Sebanyak RM250 juta disediakan untuk sokong pelaksanaan projek PPP berimpak tinggi

  • Pelan Induk Kerjasama Awam Swasta 2023-2032 akan dilancarkan bagi perkenal model PPP baharu

  • Pelaksanaan MySTEP diteruskan dengan menawarkan 50 ribu peluang kerjaya secara kontrak merangkumi 15 ribu dalam sektor awam dan 35 ribu melalui GLC

  • Mulai tahun 2023, kadar cukai PMKS ke atas pendapatan bercukai bagi RM100,000 pertama dikurangkan daripada 17 peratus kepada 15 peratus

  • RM150 juta disediakan di bawah Insentif Penggajian PERKESO, dijangka dapat buka peluang kerjaya kepada lebih 70 ribu pencari kerja

  • Insentif Penggajian di bawah PERKESO diteruskan bagi galakkan majikan sediakan pekerjaan kepada yang menganggur seperti golongan OKU, orang asli, bekas banduan dan wanita yang kembali bekerja

  • Petronas bercadang sumbang RM2 bilion ke dalam Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) pada tahun 2023

  • Kerajaan sedang melaksanakan inisiatif e-Invois dan Tax Identification Number (TIN) secara berperingkat mulai tahun 2023 bagi memastikan sumber hasil yang mampan

  • Kerajaan komited teruskan program Jualan Murah Keluarga Malaysia di seluruh negara dengan peruntukan RM100 juta

  • Paras defisit bagi 2023 hingga 2025 dijangka terus berkurang kepada purata 4.4 peratus berbanding KDNK

  • Defisit fiskal 2023 diunjur berkurang kepada 5.5 peratus KDNK berbanding 5.8 peratus pada tahun 2022

  • e-Pemula akan diteruskan dengan kredit dinaikkan kepada RM200, beri manfaat dua juta belia 18 hingga 20 tahun dan pelajar sepenuh masa 21 tahun ke atas libatkan peruntukan RM400 juta

  • Bagi galakkan ramai anak muda berniaga, RM305 juta disediakan sebagai kemudahan pinjaman khusus untuk belia melalui SME Bank, TEKUN, MARA, BSN dan Agrobank

  • Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan menyediakan jaminan pembiayaan sehingga RM9 bilion bagi PKS untuk sektor strategik iaitu agromakanan, teknologi mampan, pelancongan serta vendor minyak dan gas

  • SemarakNiaga 2023 ditambah baik dengan nilai keseluruhan berjumlah RM45 bilion, berbanding RM40 bilion yang diumumkan bagi tahun 2022

  • RM10 bilion dana pinjaman akan disediakan melalui Bank Negara Malaysia untuk menggalakkan aktiviti automasi dan pendigitalan PKS serta menyokong agenda sekuriti makanan dan pemulihan sektor pelancongan

  • Kerajaan akan meneruskan Skim Pemulihan dan Sokongan Melalui Ekuiti atau RESET dan Skim Modal kerja dibawah Bank Pembangunan Malaysia Bhd dengan dana keseluruhan berjumlah RM1 bilion

  • Sebanyak RM200 juta disediakan untuk galakan, promosi dan pemasaran bagi memperkukuh pemulihan sektor pelancongan

  • Kerajaan cadang perluas skop galakan sedia ada bagi pelabur individu dalam syarikat pemula melalui equity crowdfunding (ECF)

  • Di bawah inisiatif CahayaMata Keluarga Malaysia, ibu daripada isi rumah penerima BKM yang lahir anak pada 2023 akan diberi bantuan tunai one-off RM500 dengan peruntukan RM150 juta

  • Bagi ringankan beban ibu bapa yang beri pendidikan awal kanak-kanak, Kerajaan setuju lanjutkan sehingga tahun taksiran 2024 pelepasan cukai sehingga RM3,000 ke atas bayaran yuran Taska dan Tadika berdaftar

  • RM188 juta disediakan bagi program awal pendidikan kanak-kanak di bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) termasuk pembinaan 10 taska KEMAS

  • RM235 juta dana pembiayaan khas disediakan bagi dorong wanita tingkat kapasiti perniagaan dan tambah baik strategi pemasaran

  • Bajet 2023: Kerajaan akan perbanyakkan ujian saringan melalui subsidi ujian mamogram dan program saringan kanser serviks kepada wanita dengan peruntukan RM11 juta

  • Mulai tahun 2023, kadar cukai PMKS ke atas pendapatan bercukai bagi RM100,000 pertama dikurangkan daripada 17 peratus kepada 15 peratus

  • Bagi tangani isu kesihatan mental dan keganasan rumah tangga, RM8 juta disediakan bagi perkukuh Pusat Sokongan Sosial Setempat

  • Atas keprihatinan Kerajaan kepada golongan susah dan B40, bantuan tunai di bawah JKM dan BKM tahun ini akan melebihi RM10 bilion

  • BKM 2023 akan beri manfaat kepada 8.7 juta penerima dengan peruntukan RM7.8 bilion

  • Bantuan tambahan RM500 kepada ibu atau bapa tunggal yang ada anak tanggungan diteruskan dan layak terima BKM maksimum RM3,000

  • BKM 2023 akan beri manfaat kepada 8.7 juta penerima dengan peruntukan RM7.8 bilion

  • Bantuan tambahan RM500 kepada ibu atau bapa tunggal yang ada anak tanggungan diteruskan dan layak terima BKM maksimum RM3,000

  • Prospek pertumbuhan ekonomi Malaysia pada 2023 kekal memberangsangkan meskipun berdepan dengan cabaran global yang ketara seperti tekanan inflasi, ketidaktentuan ekonomi serta perubahan iklim, demikian menurut Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

  • Warga emas tiada pasangan serta golongan bujang akan terima BKM masing-masing RM600 dan RM350 bergantung kepada had pendapatan

  • Bagi isi rumah berpendapatan RM2,500 hingga RM5,000, BKM disediakan antara RM500 hingga RM1,250 bergantung kepada bilangan anak

  • Bajet 2023: Pemberian subsidi bil elektrik sehingga RM40 akan diperluas mengikut PGK Makanan iaitu isi rumah berpendapatan RM1,169 ke bawah berbanding syarat semasa RM980 ke bawah

  • Isi rumah pendapatan bulanan kurang RM2,500 dan tanggung anak lima atau lebih layak terima BKM RM2,500

  • Bagi isi rumah sehingga empat anak, layak terima BKM antara RM1,000 hingga RM2,000

  • Pemberian subsidi bil elektrik sehingga RM40 akan diperluas mengikut PGK Makanan iaitu isi rumah berpendapatan RM1,169 ke bawah berbanding syarat semasa RM980 ke bawah

  • Isi rumah pendapatan bulanan kurang RM2,500 dan tanggung anak lima atau lebih layak terima BKM RM2,500

  • Menyedari manfaat yang diraih daripada pemberian tunai langsung, Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan terus ditambah baik

  • 3 penerima utama Bajet 2023 ialah Kementerian Kewangan (RM72.2 bilion), Kementerian Pendidikan (RM55.6 bilion) dan Kementerian Kesihatan (RM36.1 bilion) yang merangkumi 44 peratus daripada jumlah perbelanjaan

  • Bajet 2023: Nasib golongan susah diberi keutamaan dengan peruntukan RM2.5 bilion bagi tahun 2023

  • Bajet 2023: Jabatan Kebajikan Masyarakat sedia pelbagai bentuk bantuan bulanan kepada golongan miskin seperti Bantuan Warga Emas, Bantuan Kanak-kanak serta Bantuan Penjagaan OKU dan Pesakit kronik Terlantar

  • Lebih 450 ribu isi rumah layak terima bantuan bulan JKM

  • Kerajaan akan terus laksana dasar fiskal mengembang untuk pastikan agenda Bajet 2023 yang responsif

  • Dasar fiskal mengembang diteruskan, sediakan bantuan sewajarnya kepada rakyat dan sokong perniagaan

  • Bajet 2023 peruntuk RM272.3 bilion bagi Belanja Mengurus, RM95 bilion bagi pembangunan, RM5 bilion di bawah Kumpulan Wang COVID-19 dan RM2 bilion sebagai Simpanan Luar Jangka

  • Peruntukan untuk Bajet 2023 adalah RM372.3 bilion berbanding RM385.3 bilion pada 2022 (semakan semula daripada RM332.1 bilion)

  • RM2,500 Bantuan one-off tertinggi untuk isi rumah lima orang anak atau lebih dengan pendapatan kurang dari RM2,500 sebulan.

  • Sumber : Berita Harian
  • 0 comment... add one now

    Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.