Semak arah kiblat di hujung jari

 


Kemajuan teknologi memacu banyak perubahan dan menawarkan pelbagai kemudahan dalam kehidupan masyarakat masa kini. 

Jika dahulu, kebanyakan tugas harian lebih rumit kerana terpaksa dilaksanakan secara manual, namun dengan adanya teknologi, segalanya menjadi lebih mudah dan efisien. 

Bagi umat Islam, antara keperluan penting yang sentiasa menjadi perhatian dalam kehidupan seharian adalah penentuan arah kiblat yang tepat kerana ia adalah antara syarat sah solat. 

Kiblat menjadi titik rujukan penting buat umat Islam seluruh dunia bagi memastikan mereka yang ingin menunaikan solat menghadap ke arah Kaabah. 

Menurut Lembaga Penerbangan dan Antariksa Nasional (LAPAN), arah kiblat dapat ditentukan menggunakan kompas atau penunjuk mata angin. 

Namun, dengan kemajuan teknologi yang canggih, orang ramai boleh memanfaatkan aplikasi di telefon pintar masing-masing untuk mendapatkan arah kiblat yang betul dan tepat. 

Antara aplikasi yang boleh dijadikan panduan adalah Waktu Solat Malaysia. 

Selain memberi rujukan mengenai waktu solat harian, aplikasi ini juga hadir dengan fungsi kompas besar di paparan antara muka aplikasi bagi memudahkan pengguna memeriksa arah kiblat. 

Pendek kata, jika anda keluar mengembara di luar negara atau mana-mana lokasi sekalipun, aplikasi ini bakal menjadi teman setia anda kerana ia dilengkapi panduan yang sempurna. 

Lebih menarik, aplikasi Waktu Solat Malaysia boleh dimuat turun secara percuma dan dibangunkan sepenuhnya dalam bahasa Melayu bagi memudahkan pengguna muslim di Malaysia. 

Jangan lepaskan peluang untuk muat turun aplikasi Waktu Solat Malaysia menerusi Google PlayApp Store atau HUAWEI AppGallery.

0 comment... add one now

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.