Tok Mun meninggal dunia

 


Tok Mun yang pernah menceriakan politik negara, meninggal dunia pada Ahad, 3 Julai 2022.

Tok Mun atau nama sebenar, Maimun Yusuf, 103 tahun yang menghidap kanser, masalah hati dan buah pinggang meninggal dunia di rumahnya di Kampung Atas Tol,  jam 3.30 petang.

Cucu arwah, Tuan Norazlina Tuan Lah, 51, berkata kematian Tok Mun disedari anak saudaranya, Meriam Mamat, 72, ketika menghantar makanan petang tadi.

"Terkejut dengan keadaan itu, ibu saudara kemudian segera memberitahu suaminya sebelum kami semua datang untuk menguruskan jasad arwah," katanya.

Tuan Norazlina berkata, Tok Mun tidak berselera makan sejak tiga bulan lalu dan mereka sekeluarga menjaganya secara bergilir-gilir.

Tok Mun pernah menjadi calon Bebas kerusi Kuala Terengganu dalam pilihan raya umum.

Sumber : Berita Harian

0 comment... add one now

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.