JPA pertahan etika berpakaian ketika berurusan di pejabat awam


 

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempertahankan kod pemakaian yang ditetapkan kepada orang ramai ketika berurusan di pejabat kerajaan.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah, berkata ia selaras dengan prinsip Rukun Negara iaitu kesopanan dan kesusilaan, selain sesuai dengan budaya berbilang kaum di negara ini.

Beliau berkata, malah etika berpakaian juga turut dipraktikkan di banyak negara lain antaranya Jepun, United Kingdom dan Australia.

"Penetapan etika berpakaian ini bagi menjamin keharmonian dan kesejahteraan bersama, selaras dengan prinsip Rukun Negara yang kelima iaitu kesopanan dan kesusilaan.

Beliau mendakwa, tiada undang-undang yang memberi kuasa kepada pegawai kerajaan untuk menetapkan pakaian bagi mereka yang mendapatkan perkhidmatan di pejabat kerajaan.

Dalam pada itu Mohd Shafiq berkata, JPA melalui ketua-ketua jabatan akan terus memperkukuh program latihan kepada petugas kaunter di barisan hadapan berhubung etika berpakaian pelanggan.

"Pada masa yang sama, selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengoptimumkan penggunaan platform digital dalam urusan perkhidmatan awam, Keluarga Malaysia digalakkan berurusan secara dalam talian melalui aplikasi atau portal yang telah disediakan.

"Ini secara tidak langsung dapat mempercepatkan akses kepada perkhidmatan yang disediakan selain mengurangkan kerenah birokrasi," katanya selain menambah bahawa terdapat 389 platform perkhidmatan secara dalam talian yang dibangunkan melalui portal MyGovernment.

Sumber : Berita Harian

0 comment... add one now

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.