Cari Blog Ini

Perlu bayar untuk suntikan vaksin kanak-kanak selepas PICKids tamat 15 Mei 2022

 


Khairy mengumumkan bahawa bayaran akan dikenakan bagi mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 untuk kanak-kanak selepas Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) ditamatkan 15 Mei ini.

Jawatankuasa Bertindak Imunisasi COVID-19 Kanak-Kanak (CITF-C) mengumumkan pemberian dos pertama di bawah PICKids hanya akan diberikan hingga 15 Mei ini dan tidak lagi ditawarkan selepas tarikh akhir berkenaan memandangkan permintaan rendah vaksinasi yang boleh menyebabkan pembaziran vaksin yang tinggi.

"Selepas tarikh tersebut, vaksin yang diberikan adalah secara berbayar dan jenis vaksin yang diberikan ialah Sinovac," katanya.

Khairy berkata pengambilan suntikan terbabit boleh dibuat di mana-mana pusat pemberian vaksin (PPV) berbayar. Program PICKids tidak dapat dipanjangkan kerana ia membabitkan tarikh luput vaksin, penghantaran daripada pengeluar selain terdapat usaha untuk memperoleh lebih banyak ubat antiviral.

Dalam pada itu, Khairy berkata penularan COVID-19 di negara ketika ini berada pada tahap terkawal dengan kadar positiviti antara lima hingga 10 peratus.

Pelaporan berhubung penularan kes COVID-19 di negara ini tidak akan dikeluarkan secara harian bermula esok.

"Esok (Khamis) adalah hari terakhir KKM akan mengeluarkan (pelaporan itu) dan ia akan dikeluarkan secara mingguan selepas ini," katanya.

Sumber dari Berita Harian


0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Halaman

PAKEJ SOALAN PSIKOMETRIK


Untuk mendapatkan Pakej Panduan dan Contoh Soalan Ujian Psikometrik SPA Pakej Ujian Psikometrik

Popular

RAHSIA PENYEDIAAN RESUME


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

INFO JAWATAN KOSONG MELALUI E-MAIL


Untuk menerima Iklan Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta Terkini  terus ke e-mail anda, sila daftar e-mail anda di GROUP GOOGLE

Blog Archive

PANDUAN TEMUDUGA KERJA


Untuk mendapatkan Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan Klik di sini