Cari Blog Ini

10 lelaki terkaya dunia ganda kekayaan ketika COVID-19

 

Sepuluh lelaki terkaya di dunia menggandakan kekayaan mereka selama dua tahun pertama pandemik COVID-19 ketika kemiskinan dan ketidaksamaan meningkat.

Menerusi taklimat yang diterbitkan sebelum sidang kemuncak mini pemimpin dunia secara maya sempena Forum Ekonomi Dunia, Oxfam berkata, kekayaan individu berkenaan melonjak daripada AS$700 bilion (RM2.92 trilion) kepada AS$1.5 trilion (RM6.27 trilion) pada kadar purata AS$1.3 bilion (RM5.43 trilion) sehari.

Oxfam, konfederasi badan amal yang memberi tumpuan bagi mengurangkan kemiskinan global berkata kekayaan bilionair meningkat lebih banyak ketika pandemik berbanding 14 tahun sebelumnya, ketika ekonomi dunia mengalami kemelesetan terburuk sejak Wall Street Crash pada 1929.

Ia menyifatkan ketidaksamaan itu sebagai 'keganasan ekonomi', selain menyumbang kepada kematian 21,000 orang setiap hari berikutan kekurangan akses kepada penjagaan kesihatan, keganasan berasaskan jantina, kebuluran dan perubahan iklim. 

Badan amal itu berkata, pandemik menyebabkan 160 juta orang menjadi miskin dengan etnik minoriti bukan kulit putih dan wanita menanggung kesan susulan lonjakan ketidaksamaan.

Laporan itu susulan kajian kumpulan berkenaan pada Disember lalu yang mendapati saham kekayaan global individu terkaya dunia melonjak pada kadar rekod ketika pandemik.

Sehubungan itu Oxfam menggesa pembaharuan cukai dilaksanakan untuk membiayai pengeluaran vaksin di seluruh dunia serta penjagaan kesihatan, penyesuaian iklim dan pengurangan keganasan berasaskan jantina bagi membantu menyelamatkan nyawa.

Katanya, ia berdasarkan pengiraan kekayaan pada sumber data paling terkini dan komprehensif yang tersedia serta menggunakan Senarai Bilionair 2021 disusun majalah perniagaan AS, Forbes.

Forbes menyenaraikan 10 orang terkaya di dunia iaitu Ketua Tesla dan SpaceX Elon Musk, Jeff Bezos Amazon; Pengasas Google, Larry Page dan Sergey Brin; Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg; bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Microsoft, Bill Gates dan Steve Ballmer; bekas CEO Oracle, Larry Ellison; pelabur AS, Warren Bufet serta Ketua Kumpulan LVMH, Bernard Arnault. 

Sumber dari AFP

 

 

 

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Halaman

PAKEJ SOALAN PSIKOMETRIK


Untuk mendapatkan Pakej Panduan dan Contoh Soalan Ujian Psikometrik SPA Pakej Ujian Psikometrik

Popular

RAHSIA PENYEDIAAN RESUME


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

INFO JAWATAN KOSONG MELALUI E-MAIL


Untuk menerima Iklan Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta Terkini  terus ke e-mail anda, sila daftar e-mail anda di GROUP GOOGLE

Blog Archive

PANDUAN TEMUDUGA KERJA


Untuk mendapatkan Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan Klik di sini