Bayaran Geran Khas Prihatin GKP 4.0 kepada mulai 21 Sep 2021

 


Bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) 4.0 di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) akan disalurkan bermula Selasa ini, 21 September 2021.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata bantuan berkenaan yang keseluruhannya berjumlah RM500 juta, akan memberi memberi manfaat kepada satu juta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro.

"Bayaran GKP 4.0 akan dibayar dua kali iaitu pada September, berjumlah RM500 dan November, berjumlah RM500. Inisiatif ini membabitkan penerima sedia ada GKP 1.0, GKP 2.0, GKP 3.0 dan penerima baharu GKP 4.0.

"Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan dalam sistem GKP. 

"Semakan status kelulusan GKP 4.0 boleh dibuat mulai 20 September ini melalui portal GKP, https://gkp.hasil.gov.my," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Bantuan GKP yang keseluruhannya berjumlah RM1,000 bagi setiap penerima diumumkan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 28 Jun lalu, bagi meringankan beban yang dihadapi PKS mikro di negara ini.



0 comment... add one now

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.