Manusia boleh membiak di Marikh

 

Sekumpulan saintis mendapati sperma boleh bertahan di Marikh selama beratus-ratus tahun sekali gus meningkatkan potensi manusia boleh melahirkan bayi di Planet Merah itu kelak, lapor akbar New York Post semalam.

“Penemuan ini  penting kepada manusia untuk lebih maju dalam bidang penerokaan angkasa lepas ,” kata ketua penyelidik yang juga saintis di Universiti Yamanashi, Jepun, Profesor Sayaka Wakayama.

Beliau berkata demikian susulan kajian kesan radiasi terhadap sperma tikus yang dikeringkan dan disimpan di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) selama enam tahun.

Komuniti saintis sebelum ini percaya radiasi di angkasa lepas akan memusnahkan sperma, menjadikan pembiakan sesuatu yang mustahil malah berisiko menyebabkan kanser.

Analisis terbaharu bagaimanapun mendapati  sperma cecair tikus itu berada dalam keadaan sihat walaupun selepas sekian lama berada di angkasa lepas.

Pasukan penyelidik Profesor Wayakama menjangkakan sperma yang dikeringkan itu mampu hidup di ISS sehingga 200 tahun.

Penemuan itu membuktikan bahawa manusia boleh membentuk kehidupan di planet berbeza, sesuatu yang dianggap penting oleh para saintis memandangkan sumber yang berkurangan.

“Apabila tiba masanya untuk berpindah ke planet lain, kita hanya perlu menjaga kepelbagaian sumber genetik, tidak hanya untuk manusia tetapi juga untuk binatang peliharaan dan domestik,” kata Wakayama.

Selain sperma, haiwan lasak tardigrade yang juga dikenali sebagai ‘beruang air’ dilaporkan dapat hidup selama 30 tahun tanpa makanan atau minuman dan bertahan pada suhu 302 Celsius, menyebabkan para penyelidik membuat kesimpulan bahawa ia juga mampu bertahan di planet lain. 

Sumber : Agensi

 

0 comment... add one now

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.