Umur bersara KEMAS 60 tahun

KOTA MARUDU 7 Mei - Kerajaan pada dasarnya bersetuju dengan saranan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) supaya umur persaraan wajib kakitangan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dilanjutkan kepada 60 tahun berbanding 58 tahun pada masa ini.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, perkara itu telah dikemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk tindakan lanjut.

"Pihak kementerian sudah mengemukakan rayuan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam dan kita tunggu apa yang diputuskan untuk mereka meneruskan perkhidmatan lanjutan," katanya.

Mohd. Shafie berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis program mesra rakyat bersama beliau di Dewan Masyarakat Kota Marudu, di Sabah.

- UTUSAN Umur bersara KEMAS 60 tahun

0 comment... add one now

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.