Program MyProCert lahirkan ramai profesional ICT

Program kemahiran menerusi inisiatif Koridor Raya Multimedia Malaysia (MSC Malaysia), MyProCert yang dilancarkan tahun lalu mampu melahirkan golongan profesional dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S Subramaniam, berkata pihaknya percaya melalui program yang dilaksanakan Multimedia Development Corporation (MDeC) itu, seramai 12,000 golongan profesional ICT tempatan dapat dilahirkan menjelang tahun 2015.

“Bagi tahun ini, menerusi program MyProCert, kita mahu melahirkan kira-kira 1,200 golongan profesional dalam bidang ICT dan ia juga adalah usaha kerajaan untuk melahirkan pekerja tempatan berpengetahuan tinggi.

“Kementerian percaya menerusi program ini, mereka dapat memenuhi permintaan pasaran tanpa perlu bergantung kepada golongan profesional daripada luar negara,” katanya pada sidang media selepas menghadiri program MSC Malaysia MyProCert di sini, baru-baru ini.

Subramaniam berkata, walaupun setiap tahun ramai graduan menamatkan pengajian dalam bidang ICT namun begitu pihak industri masih mengutamakan soal profesionalisme.

“Oleh itu, satu daripada usaha untuk meningkatkan kemahiran profesional graduan adalah menerusi program berkenaan yang turut memenuhi piawaian antarabangsa,” katanya.

- BERITA HARIAN Program MyProCert lahirkan ramai profesional ICT

0 comment... add one now

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.