SPR henti kiraan kertas undi awal

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menghentikan pengiraan undi awal pada pilihan raya umum nanti bagi mengelak kemungkinan keputusan bocor yang boleh mempengaruhi corak mengundi.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata, pengiraan kertas undi akan hanya dimulakan pada jam 4 petang tidak seperti pada pilihan raya sebelum ini (termasuk pilihan raya kecil) apabila kertas undi mula dikira seawal waktu tengah hari di beberapa pusat penjumlahan undi.

Beliau berkata, SPR mengesan ejen kepada segelintir calon membocorkan keputusan awal menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) atau rangkaian sosial seperti Twitter.
"Kita memperkenalkan pengiraan awal dengan niat yang baik tetapi kami akan menghentikannya," katanya ketika menyampaikan taklimat kepada pegawai pengurus pilihan raya di Kota Kinabalu.


SPR cadang subjek mengundi, pilihan raya diperkenal di sekolah

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mencadangkan supaya subjek mengenai pilihan raya dan kepentingan mendaftar sebagai pengundi diperkenalkan di peringkat sekolah menengah atas.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata langkah ini bagi mendedahkan golongan remaja kepada tanggungjawab masing-masing apabila mencapai umur yang melayakkan mereka mendaftar dan mengundi.

"Kalau mereka didedahkan dari awal, ini akan menanam minat mereka untuk mendaftar dan mengundi selain mengetahui tanggungjawab mereka bila dewasa kelak.
"Cadangan ini akan dipanjangkan kepada Kementerian Pelajaran, seterusnya SPR akan berbincang untuk mendapatkan jalan terbaik memperkenalkan perkara ini," katanya.

- BERNAMA SPR henti kiraan kertas undi awal

0 comment... add one now

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.