Motorola RAZR kembali


SELEPAS menyepi dalam arena telefon mudah alih lebih tiga tahun, Motorola Mobility Inc (Motorola) kembali mewarnai pasaran tempatan menerusi model RAZR yang lebih nipis dan ringan.

Ia adalah telefon pintar terkini Motorola yang dibangunkan dengan reka bentuk melengkung, diperkukuhkan dengan permukaan berasaskan permukaan menyamai penggunaan bahan berasaskan kaca dan ciri sampingan aluminium.

Identiti Motorola menghasilkan produk bermutu dari segi kualitinya dan anggun terus diketengahkan kepada pengguna, khususnya di kalangan produk telefon mudah alih syarikat itu.
Buktinya, teknologi Super AMOLED 4.3 pada paparan RAZR baru adalah penampilan semula reka bentuk asal telefon mudah alih Motorola itu yang diperkukuh dengan inovasi moden alaf baru.

Gentian KEVLAR mengukuhkan bahagian sekeliling RAZR manakala kaca Corning Gorilla melindungi permukaan skrin.

RAZR dilengkapi kuasa pemprosesan 1GB RAM dengan prosesor 1.2 GHz teras berkembar dan sistem operasi (OS) Android 2.3.5.

Padanan cip itu menjadikan tindak balas antara muka pengguna lebih pantas dan membolehkan pelbagai operasi dilakukan pada satu-satu masa seperti telefon pintar utama lain di pasaran.
Ini bermakna pengguna boleh menikmati lagu pilihan, menyemak e-mel dan melayari imej yang disimpan dalam storan tanpa gangguan.

Kini, Motorola turut mengetengahkan aplikasinya menerusi Motorola MotoCast app di mana proses aliran video dan muat turun kandungan boleh dilakukan terus dari sistem Komputer Peribadi (PC).

Kepada pengguna yang gemar merakam video, kamera 8 megapiksel dengan keupayaan video Definisi Tinggi (HD) 720p mampu memberikan kualiti wayang yang diinginkan. Teknologi penstabilan imej juga membuat rakaman video lebih mudah.

Sekiranya isu keselamatan menjadi asas kebimbangan pelanggan telefon pintar, Motorola RAZR adalah jawapannya kerana ia dilengkapi sistem inkripsi sama seperti perlindungan maklumat seperti sistem kerajaan.

Pemilik Motorola RAZR tidak perlu bimbang fail yang disimpan di dalam e-mel, senarai nama panggilan dan kalendar peribadi dicerobohi.

Aplikasi Smart Actions yang dimuatkan pada RAZR juga dapat menjamin jangka hayat bateri dan menguruskan tugasan harian pemilik.

- BERITA HARIAN

0 comment... add one now

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.