Tempoh Pendaftaran Program Matrikulasi Dilanjut Sehingga November

Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran melanjutkan tempoh pendaftaran permohonan Program Matrikulasi Sesi 2012/2013 yang sepatutnya berakhir Isnin ini sehingga 30 November depan.

Kementerian Pelajaran dalam satu kenyataan hari ini berkata, pendaftaran melalui laman sesawang http://www.moe.gov.my itu hanya dibuka kepada pelajar Sijil Pelajaran Malaysia 2011 dengan membeli nombor pengenalan individu yang berharga RM6 di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional.

Pelajar-pelajar juga boleh menghubungi talian bantuan Bahagian Matrikulasi 03-8884 4036/4040 dari 8.30 pagi hingga 4.30 petang pada hari bekerja, bagi tujuan itu.

Sementara itu, Kementerian itu juga mengumumkan tarikh-tarikh peperiksaan bertulis Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) bagi tahun ini yang dijadualkan dari 12 hingga 13 Okt dan 17 hingga 19 Oktober.

Pada tahun ini, seramai 8,499 orang calon akan menduduki peperiksaan bertulis STAM dan daripada jumlah itu seramai 3,782 calon adalah dari Sekolah Kerajaan, Sekolah Menengah Agama Negeri (2,569), Sekolah Menengah Agama Rakyat (649), Sekolah Swasta (37), dan persendirian (1,462).

Sebanyak 108 pusat peperiksaan telah dibuka di seluruh negara, manakala seramai 690 guru pengawas telah ditugaskan sepanjang peperiksaan itu.

Bilik Gerakan STAM yang beroperasi dari pukul 7.30 pagi hingga 5.30 petang di Lembaga Peperiksaan akan dibuka dari 12 hingga 15 Oktober dan boleh dihubungi melalui nombor 03-8889 3551/03-8889 3582/03-8889 3601/03-8889 3520.

- BERNAMA Tempoh Pendaftaran Program Matrikulasi Dilanjut Sehingga November

0 comment... add one now

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.