7 Ogos 2011 Hari Terakhir Permohonan Biasiswa JPA

Ahad adalah hari terakhir permohonan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi mengikuti pengajian peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dalam negara bagi sesi 2011/2012.

Menurut iklan yang disiarkan oleh JPA dalam akhbar-akhbar utama tempatan pada Sabtu, permohonan adalah dipelawa daripada pelajar yang telah mendapat surat tawaran dan mereka yang ingin memohon boleh berbuat demikian melalui aplikasi atas talian http://esilav2.jpa.gov.my.

Mereka juga boleh memperolehi maklumat lanjut mengenai syarat-syarat permohonan, bidang tajaan dan cara memohon dengan melayari alamat yang sama.

Bagaimanapun, calon yang telah mendapat tajaan di bawah mana-mana Program Penajaan JPA ke IPTA tidak layak memohon.

Bagi IPTS pula hanya terhad kepada Universiti Teknologi Petronas, Universiti Tenaga Nasional dan Universiti Multimedia. 7 Ogos 2011 Hari Terakhir Permohonan Biasiswa JPA

0 comment... add one now

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.