Lelaki dua kali disambar petir


NEW YORK - Malang datang bertimpa buat seorang lelaki apabila dia disambar petir sebanyak dua kali dalam tempoh tidak sampai seminit, lapor sebuah akhbar semalam.

Lelaki berkenaan sedang berjoging di sebatang jalan raya di pinggir sebuah bandar di Amerika Syarikat pada 11 April lalu apabila insiden itu dirakam kamera video litar tertutup (CCTV).

Ketika kejadian, mangsa disambar petir dan tersungkur ke tanah. Selepas mengambil nafas dan menenangkan dirinya, dia bangkit semula 15 saat kemudian.

Dia sempat berjalan beberapa meter apabila petir sekali lagi menyambarnya menyebabkan dia rebah ke tanah semula.

Lelaki tersebut yang kelihatan bingung memikirkan tentang apa yang sebenarnya telah berlaku kemudian bangun semula dan meninggalkan tempat kejadian.

Rakaman video luar biasa itu mencetuskan sensasi di YouTube dengan beribu-ribu orang memberitahu, mereka terkejut melihat lelaki itu terselamat dalam kejadian tersebut. - Agensi


2 comments.. read them below or add one

gerakan anti pembangkanggerakan anti pembangkang Selasa, 3 Mei 2011 pada 4:18:00 PTG SGT
tu yang orang takut nak bersumpah laknat. kalau bohong,rentung dibuatnyer...
bunbinbanbunbinban Selasa, 3 Mei 2011 pada 9:48:00 PTG SGT
kannn...sumpah laknat utk suami isteri je...bkn aku ckp...ustaz, mufti, ulamak...tp kalau tanya al hafiz madey, al ustaz najib al kantoi eskay....boleh je. dunia dunia....ckp ulamak di tolak ke tepi tp ckp org fasik dan munafik di terima bulat2. akhir zaman bro akhir zaman...

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.