Kadar baru kompaun saman


Kerajaan menyeragam dan menyelaraskan sistem pembayaran saman berdasarkan konsep the more you delay, the more you pay bagi semua kesalahan lalu lintas yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Penyeragaman dan penyelarasan semula kesalahan lalu lintas bagi semua kenderaan tersebut diumumkan oleh PDRM melalui laman sosial Facebook PDRM semalam. Penyeragaman dan penyelarasan pembayaran saman tersebut berkuat kuasa mulai 1 Mac lalu. Mekanisme penyeragaman kompaun ini adalah mengikut kategori kesalahan, jenis kenderaan, jumlah kompaun perlu dibayar mengikut tempoh masa yang ditentukan.

- KOSMO!

0 comment... add one now

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.