Kereta Beckham dilelong RM343,416


LONDON - Sebuah kereta sport yang dikeluarkan untuk legenda bola sepak England, David Beckham dijual pada harga £71,350 (RM343,416) kelmarin, lapor sebuah akhbar semalam.

Kereta TVR Cerbera itu dibeli pada 2000 semasa beckham masih bermain untuk kelab bola sepak Manchester United (MU).

Beckham memiliki kereta itu sehingga 2004 dengan jarak perjalanan kenderaan tersebut 28,484 kilometer.

Pemiliknya selepas Beckham kemudian menyimpannya selama enam tahun dan memandunya sejauh 160.93 kilometer.

Kereta itu dijual pada bulan lalu selepas sebanyak 62 bidaan dibuat.

- Agensi

0 comment... add one now

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.