Kedutaan Malaysia di Indonesia dilontar najis


JAKARTA 23 Ogos – Tunjuk perasaan membantah penahanan tiga anggota penguat kuasa Indonesia oleh polis Malaysia yang diadakan di depan Kedutaan Besar Malaysia di sini kecoh.

Tunjuk perasaan yang disertai oleh anggota daripada Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (Bendera) itu bermula dengan orang ramai membawa sepanduk mengecam Malaysia kerana menangkap anggota penguat kuasa negara berkenaan yang sedang menahan nelayan Malaysia yang menceroboh perairan Indonesia dekat Pulau Bintan.

Bagaimanapun suasana menjadi kecoh apabila penunjuk perasaan membawa lima bungkus najis manusia dan mahu dilempar ke dalam Kedutaan Malaysia.

Para penunjuk perasaan sempat memijak bendera Malaysia dan melepar sebungkus najis ke dalam kawasan kedutaan Malaysia dan ke atas Jalur Gemilang yang dibentang di atas tanah, apabila polis berpakaian biasa menangkap tiga penunjuk perasaan terbabit.

Suasana menjadi kecoh apabila para penunjuk perasaan mendesak rakan mereka dibebaskan.

Mereka juga memberi amaran kepada polis supaya membebaskan penunjuk perasaan terbabit hari ini juga.

Jika polis gagal berbuat sedemikian mereka akan melancarkan gerakan mengusir rakyat Malaysia.

Sebelum ini anggota penguat kuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia menangkap tujuh nelayan Malaysia yang dituduh menceroboh perairan negara jiran itu.

Bagaimanapun timbul kekecohan apabila anggota Pasukan Gerakan Marin cuba menghalang tindakan itu telah menangkap tiga anggota penguat kuasa terbabit.

Namun masalah itu diselesaikan secara diplomasi oleh kedua-dua negara apabila kesemua yang ditahan dibebaskan.

Penyelesaian secara diplomasi itu bagaimanapun dianggap segelintir masyarakat Indonesia termasuk pertubuhan bukan kerajaan sebagai sikap yang terlalu berlembut dengan Malaysia dan kerajaan Indonesia tidak tegas mempertahankan kedaulatan negara berkenaan.

- UTUSAN

3 comments.. read them below or add one

sasha2020sasha2020 Selasa, 24 Ogos 2010 pada 6:21:00 PG SGT
Tak apalahh...orang Indinesia ni sebenarnya memburukkan nama baik mereka...Sebab tu kita di malaysia hanya berkata,...mereka ni memang orang bodoh!!

Tengoklah...siapa yg menunjuk perasaan...semuanya orang yg tak bekerja yg diupah untuk buat kacau..(memang ada gerakan terancang yg dibuat oleh orang politik dari malaysia utk memburukkan negara ini dimata dunia)

Perkara ini diburukkan lagi dgn adanya pengkhianat negara yg pergi ke negara tersebut dan memburukkan negara sendiri...(semua orang tahu siapa mangkuk ni!!)

Kita diam bukan bermakna kita tak ada maruah...Biarpun kita tahu bendera kita dipijak., tapi disebabkan mereka yg memijak adalah orang gila yg bodoh, maka kita pun tak nak buat perkara yg sama kepada bendera indonesia sebab kita orang bijak dan pandai...
Tanpa NamaTanpa Nama Selasa, 24 Ogos 2010 pada 9:18:00 PG SGT
aku jawapkan siapa mangkok2 hayun tu. B.A.B.I , bini BABI dan anak BABI. memang babi la kau B.A.B.I

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.