Tan Sri Samsudin Osman Pro Canselor UMT yang baru

KUALA TERENGGANU - Bekas Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Samsudin Osman dilantik sebagai Pro Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang pertama berkuatkuasa 1 Februari tahun ini.

Pelantikan telah diperkenankan oleh Canselor UMT, Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah pada majlis Konvokesyen Kali Kelapan yang berlangsung di Dewan Sultan Mizan UMT hari ini.

Shamsuddin, 63, yang juga presiden Perbadanan Putrajaya, akan memegang jawatan tersebut sehingga 31 Januari 2013.

UMT turut menganugerahkan Profesor Emeritus kepada bekas Naib Canselor UMT, Prof. Dr. Sulaiman Md Yassin sebagai tanda penghargaan kerana berjaya memacu universiti berkenaan mencapai visi dan misi yang ditetapkan.

Seramai 1,577 graduan terdiri daripada tujuh penerima ijazah Doktor Falsafah, Sarjana Sains (54), Sarjana Pengurusan (13) dan Sarjana Muda (1,421) menerima ijazah masing-masing pada konvokesyen kali ini, manakala 82 graduan lagi menerima diploma pengajian masing-masing pada majlis itu.

- Bernama Tan Sri Samsudin Osman Pro Canselor UMT yang baru

0 comment... add one now

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.