Laman web myEPF semak tuntutan pencarum warga emas

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini memperkenalkan carian maklumat melalui laman web myEPF bagi memudahkan orang ramai untuk menyemak tuntutan mereka.

Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar berkata, carian maklumat menerusi laman web berkenaan bertujuan mengesan mana-mana ahli terutamanya golongan berusia 75 tahun ke atas yang masih belum menuntut baki simpanan mereka.

“Inisiatif ini adalah untuk memaklumkan ahli atau waris terdekat bagi membolehkan mereka mengeluarkan simpanan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Nik Affendi berkata, golongan ahli KWSP yang berusia 75 dan ke atas atau waris terdekat boleh menyemak melalui www.kwsp.gov.my.

“Sekiranya maklumat ahli atau waris terdekat ditemui melalui ruangan carian di laman web kita, mereka dinasihati supaya mengunjungi cawangan KWSP berdekatan untuk mengeluarkan simpanan berkenaan,” katanya. Laman web myEPF semak tuntutan pencarum warga emas

0 comment... add one now

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.