DiGi laksana pelan pasca bayar semua untuk satu

DiGi Telecommunications Sdn. Bhd. (DiGi) akan melaksanakan pelan pasca bayar semua dalam satu pertama di Malaysia yang menggalakkan penggunaan telefon bimbit pintar di bawah DG Smart Plan mulai 15 April ini.

Ketua Produk Pemasarannya, Loh Keh Jiat berkata, platform media sosial telah mewujudkan satu kumpulan penduduk yang mahu saling hubung-menghubungi di mana jua mereka pergi.

“Apa yang kami tawarkan adalah ‘membebaskan’ internet terhadap platform mudah alih yang lebih lanjut dengan menyediakan pelan-pelan mudah dan mampu dimiliki yang memenuhi keperluan individu dan perniagaan pelanggan.

“Para penyelidik mendapati bahawa pasaran telefon bimbit pintar tempatan akan bertumbuh antara 11 hingga 13 peratus pada tahun ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Para pelanggan yang berdaftar untuk DG Smart Plan hanya perlu membayar RM68 sebulan untuk menikmati kemudahan internet tanpa had manakala panggilan suara dan khidmat pesanan ringkas (SMS) dibayarkan berdasarkan penggunaan.

Ini bermakna pelanggan boleh menikmati faedah unik tanpa perlu memberi komitmen terhadap sebarang jumlah bulanan untuk penggunaan suara.

Bagi menggalakkan tabiat internet mudah alih, pengguna dengan penggunaan banyak di bawah DG Smart Plan akan menikmati diskaun sebanyak 25 dan 100 peratus daripada yuran bulanan RM68 jika jumlah penggunaan, masing-masing melebihi RM100 atau RM200 pada bulan akaun dibilkan.

Pelanggan yang berdaftar untuk DG Smart Plan boleh berjimat sehingga 50 peratus terhadap rangkaian telefon pintar yang disubsidikan, termasuk BlackBerry Curve 8520, HTC Legend atau BlackBerry Bold 9700, masing-masing pada harga serendah RM549, RM999 dan RM1,299.

Untuk maklumat lanjut mengenai DG Smart Plan, sila layari www.digi.com.my/smartplan. DiGi laksana pelan pasca bayar semua untuk satu

0 comment... add one now

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.