Kad debit, kredit Visa Manchester United Public Bank baru dilancar

Public Bank Bhd. (Public Bank) melancarkan Kad Debit Visa Manchester United yang baru dan Kad Kredit Visa Manchester United yang berwajah baru.

Menurut kenyataan, bertepatan dengan cogan kata 'One Glorious Team, Two Distinct Card', kad Debit Visa Manchester United dan Kad Kredit Visa yang baru itu tentunya akan menarik perhatian penyokong-penyokong Manchester United di Malaysia.

''Public Bank memahami bahawa keghairahan penyokong-penyokong Manchester United terhadap pasukan kegemaran mereka itu tiada batasannya.

''Justeru, ia berusaha untuk memberi manfaat dan keistimewaan yang lebih hebat kepada semua penyokong Manchester United,'' katanya.

Tambah kenyataan itu, Kad Kredit Visa Manchester United disediakan untuk mereka yang berumur 21 tahun ke atas dan mempunyai pendapatan tahunan minimum sebanyak RM18,000, manakala kad Debit Visa Manchester United ditawarkan kepada penyokong-penyokong yang berusia 12 tahun dan ke atas tanpa perlu mempunyai pendapatan.

''Ia adalah amat sesuai untuk para penyokong Manchester United yang mahu menjadi ahli kelab berprestij itu, sambil menikmati ganjaran unik yang tidak dapat diberikan oleh kad-kad lain.

''Penyokong-penyokong Manchester United yang menjadi ahli Kad Kredit Visa Manchester United atau Kad Debit Visa Manchester United itu akan mendapat pelbagai cenderahati Manchester United dan pengalaman eksklusif yang tidak ternilai harganya,'' jelasnya.

Seiring dengan pelancaran kad baru itu, botol air Manchester United edisi terhad menanti pemegang Kad Kredit Visa Manchester United yang membuat pembelian runcit minimum sebanyak RM200 pada bulan pertama mereka menjadi ahli.

Manakala pemegang Kad Debit Visa Manchester United boleh mendapatkan pad tetikus Manchester United yang eksklusif dengan pembelian runcit minimum sebanyak RM100 dalam tempoh satu bulan menjadi ahli kad berkenaan.

Kedua-dua tawaran tersebut adalah berdasarkan siapa cepat dia dapat.

Semasa tempoh promosi dari 1 Januari hingga 30 Jun 2010, pemegang Kad Kredit Visa Manchester United berpeluang memiliki cenderahati yang ditandatangani oleh pemain-pemain Manchester United.

Public Bank akan memberi 10 helai jersi yang ditandatangani oleh seorang pemain Manchester United, 20 bendera kecil yang ditandatangani seorang pemain Manchester United dan 10 keping gambar aksi Peraduan RedRewards setiap bulan.

Sebanyak 10 helai jersi yang ditandatangani oleh pasukan Manchester United dan jersi yang ditandatangani oleh setiap pemain Manchester United yang digunakan semasa perlawanan di tempat sendiri di bawah Peraduan Ultimate RedRewards akan diberikan kepada mereka yang paling banyak membuat urus niaga menggunakan Kad Manchester United. .

Untuk memohon kad-kad berkenaan, sila kunjungi mana-mana cawangan Public Bank berdekatan di seluruh negara atau layari www.pbebank.com Kad debit, kredit Visa Manchester United Public Bank baru dilancar

0 comment... add one now

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.