Sijil halal Jakim ikut MS1500

Tiada sijil halal akan diberikan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) terhadap produk yang mencetuskan kekeliruan atau sinonim dengan perkara haram dan najis.

Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Saimah Mukhtar ketika ditemui Kosmo! semalam menjelaskan, air mineral yang mempunyai label atau diisi dalam botol minuman menyerupai botol arak juga tidak akan diberi pensijilan halal.

"Sijil halal tidak diberikan kerana kita mahu mengelak daripada berlaku kekeliruan pada produk seperti itu kerana ia merupakan produk yang tidak halal pada asalnya.

"Apabila kita meletak ia sebagai halal, generasi muda kita akan beranggap produk itu halal," kata Saimah.

Beliau berkata, keputusan tidak memberikan status halal itu terkandaung dalam standard MS1500:2009 Makanan Halal - Pengeluaran, Penyediaan, Pengendalian dan Penyimpanan-Garis Panduan Umum (Semakan Kedua).

"Standard ini bukan disediakan oleh Jakim tetapi ia melibatkan pelbagai kementerian, agensi dan pihak yang terlibat," tegasnya.

Antara agensi yang terlibat dalam menggubal standard MS1500:2009 ialah Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia, Institut Kualiti Malaysia, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia, Jabatan Standard Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Kementerian Kesihatan Malaysia, Sirim Berhad, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Putra Malaysia serta Universiti Teknologi Mara.

Saimah berkata, standard yang diamalkan oleh Jakim telah diterima dan menjangkaui ke seluruh dunia serta badan-badan pensijilan halal di negara lain.

Ketika diminta mengulas mengenai isu bak kut teh halal yang didakwa halal oleh sebuah hotel baru-baru ini, beliau berkata:

"Itu dakwaan sendiri (hotel berkenaan) makanan itu halal dan kerana itu, Jakim telah menerima banyak bantahan daripada pengguna Islam.

"Kami persalahkan pengguna, pertubuhan, serta beberapa pertubuhan bukan kerajaan sedangkan kami tidak mengesahkan produk makanan itu diiktiraf halal."

- KOSMO!

Sijil halal Jakim ikut MS1500

0 comment... add one now

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.