Bung

semua media perdana dan juga online berjaya memaksa ahli parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin mengesahkan perkahwinan kontroversinya dengan bintang putih gebu Zizie Ezette hujung minggu baru-baru ini, Bung telah mengirim sms kepada salah seorang wartawan The Star.

Katanya, dalam nada yang merayu, tolong berhenti daripada membuat laporan harian berhubung perkahwinannya itu.

“Nampak macam tiada kesudahannya...” kata Bung dalam smsnya itu.

Beliau mahu pihak media memberi ruang kepada keluarganya untuk meneruskan kehidupan sepertimana orang lain dan juga sedikit “privacy” untuk dirinya sendiri.

“Saya hanyalah manusia biasa dan pada masa yang sama perlu juga melindungi keluarga saya dan juga isteri pertama saya,” kata Bung.

Hai...Bung, Bung.

Di Parlimen, tidak ada seorang pun yang boleh terlepas daripada radar Bung Moktar. Dia jolok sana dia jolok sini. Dia menggunakan bahasa yang kadang kala disifatkan tidak parlimentarian ke atas ahli-ahli parlimen pembangkang.

Malah menteri dan timbalan menteri pun tidak terlepas daripada kritikan dan usikan Bung.

Tapi sepertimana kata pepatah Inggeris, "What goes around comes around..." maknanya, jika anda berkata sesuatu ia akan datang balik kepada anda dan akan datang pada waktu yang paling teruk.

Inilah yang dirasai oleh Bung sekarang.

Dan akhirnya dia meminta ehsan para wartawan supaya berhenti ‘menganggu’ dirinya lagi.

Hakikatnya kami semua para wartawan tidak ada niat untuk menganggu Bung mahupun isteri barunya Zizie. Malangnya, Zizie bukanlah orang kebanyakkan sepertimana kita semua apatah lagi Bung.

Jika Bung atau Zizie siang-siang tidak melarikan diri daripada menjawab soalan para wartawan secara berterus terang, ini semua tidak akan berlaku. Ia akan berhenti di hari pertama berita tentang perkahwinan mereka terbongkar.

Sebenarnya, para wartawan lebih-lebih lagi wartawan veteran yang membuat liputan persidangan parlimen dah tahu akan perkahwinan mereka.

Ada seorang wartawan veteran yang kini mengendalikan portal berita politik dan ‘bersarang’ di Parlimen setiap kali sidang Dewan Rakyat berlangsung telah pun membaca satu kiriman sms yang membuktikan Bung dan Zizie sudahpun bergelar suami-isteri.

“Aku tau depa dah kahwin...itu aku boleh sahkan pada hang. Soal Bung nak nafikan atau tidak itu tidak penting lagi,” kata wartawan ini kepada saya dalam loghat Utaranya yang tebal.

Cuma tidak ada orang yang dapat memberikan kata ‘ya’ atau pengesahan. Itu saja.

Kepada Bung, bukan niat kami hendak mencerobohi ‘privacy’ saudara. Sebaliknya kami tumpang ‘gumbira’ apabila melihat cara Bung berjalan, cara Bung bercakap, cara Bung tersenyum dan cara Bung menyikat rambut semuanya dah lain.

Lepas ni kami tak kacau Bung lagi dah. Selamat Pengantin Baru Bung! Jangan marah ye....

- MSTAR

Bung

3 comments.. read them below or add one

Tanpa NamaTanpa Nama Selasa, 22 Disember 2009 pada 11:13:00 PG SGT
apa laa...kahwin pun mau sorok2..haihhh
Roselynda JMdean Roselynda JMdean Selasa, 22 Disember 2009 pada 4:02:00 PTG SGT
artis skang ni trend plak serbu laki org jekk... cam xde org bujng lg ensem gagah kayooo... hmmmm
SyuQ SyuQ Selasa, 22 Disember 2009 pada 7:37:00 PTG SGT
hurmm... org lelaki bujang skg, blum tentu bujang. nampak jer bujang,tp dua alam. he he he. lbh baik amik yg da beristeri. da tentu lurus. tu pon belum tentu lurus str8 ada gak yg bengkoknya

dunia da nak kiamat kot...

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.