JAWATAN KOSONG DI INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA (IIM)

WARGANEGARA MALAYSIA yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan adalah dipelawa memohon bagi mengisi kekosongan jawatan berikut :-

1.PENOLONG PENGURUS SEKTOR AWAM GRED: IIM 41/44
2. PENOLONG PENGURUS SEKTOR SOSIOBUDAYA GRED:IIM 41/44
3. PEMBANTU TADBIR (KHIDMAT PELANGGAN) GRED:IIM17
4. PEKERJA RENDAH AWAM (Tukang Kebun) GRED:IIM R1

KELAYAKAN
Jawatan 1 & 2 (Skim Pegawai Tadbir Sektor)
• Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Sosial, Sains Politik, Pentadbiran Awam, Psikologi, Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
• Mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya 3 tahun dalam bidang yang berkaitan;
• Boleh bertutur dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik;
• Mempunyai pengalaman dalam kerja-kerja penyelidikan dan penerbitan; dan
• Mampu mengendalikan perisian SPSS adalah diberikan keutamaan

Jawatan 3 (Skim Pembantu Perhubungan Pelanggan)
• Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setaraf dengannya;
• Mempunyai personaliti dan berperwatakan menarik;
• Boleh bertutur dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik; dan
• Mempunyai pengalaman yang berkaitan adalah diberikan keutamaan

Jawatan 4 (Skim Pekerja Awam - Tukang Kebun)
• Tamat darjah 6 Sekolah bantuan penuh Kerajaan;
• Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan baik;
• Mempunyai pengalaman yang berkaitan kerja-kerja perkebunan dan landskap

CARA MEMOHON
a) Permohonan hendaklah menggunakan Borang (IIM-AD15 Pind. 2009).
http://www.iim.com.my/v3/download/jawatankosong/borang-iim-ad15-09.ppt
b) Semua permohonan hendaklah disertakan salinan sijil/dokumen sokongan, salinan kad pengenalan dan sekeping gambar ukuran pasport (tidak dikembalikan) dan dihantar kepada:

Presiden
Institut Integriti Malaysia (IIM)
Menara Integriti
Persiaran Duta Off Jalan Duta
50480 Kuala Lumpur.
(u.p: Pengurus Unit Pentadbiran & Sumber Manusia)

http://www.iim.com.my/

c) Sila tuliskan Nama Jawatan Yang Dipohon di sebelah atas kiri sampul surat permohonan
d) IIM berhak menolak pemohon yang mengemukakan permohonan yang tidak lengkap dan sebarang rayuan adalah tidak dilayan

TARIKH TUTUP : 1 DISEMBER 2009.

* KREDIT : http://www.jobless.my/ JAWATAN KOSONG DI INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA (IIM)

0 comment... add one now

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.