CJ tawar kad kahwin cepat, murah dan eksklusif


CJ Design yang terletak di tengah kesibukan pekan Bandar Baru Bangi sudah lima tahun beroperasi, sejak 2004.

Kata bekas juruteknik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ini, tidak ada pendidikan formal yang membantu beliau membangunkan perniagaan dari peringkat kecil-kecilan sehinggalah menjadi syarikat percetakan dikenali sehingga kini.

Semuanya daripada pembelajaran peribadi dan sedikit sebanyak pengalaman mengendalikan kedai fotokopi sekitar lewat 1980-an.

Pereka grafik berdikari

Jelasnya, minat dalam bidang tersebut bermula sejak awal 1990-an apabila teknologi maklumat (IT) mula memasuki pasaran tempatan dan membuka banyak peluang dalam industri perkhidmatan.

"Saya membuka kedai fotokopi pertama di Taman Seri Serdang pada tahun 1989 sehingga hujung 2003 sebelum menceburi skop perniagaan yang lebih besar dengan CJ Design," ujar Marzuki, 40.

Tambahnya, pertumbuhan CJ Design adalah berikutan minatnya terhadap bidang reka bentuk grafik dan ingin menjadikannya sebagai teras perniagaan.

CJ Design pernah mendapat tempahan sebanyak 400,000 keping dan inilah yang membakar semangatnya untuk meningkatkan pengetahuan dalam bidang seni reka grafik lantas belajar mengendalikan perisian asas bermula Adobe Pagemaker sehingga Illustrator.

Caj berpatutan

CJ Design tidak mengenakan caj tinggi untuk tempahan kad istimewa yang dihiasi gambar pasangan pengantin ketika kanak-kanak atau dalam persalinan pertunangan.

"Caj yang dikenakan adalah serendah 70 sen bagi 1,000 keping," kata Marzuki sambil menambah, ia banyak membantu pasangan eksekutif muda yang baru hendak mengumpul wang.

Malah, kebebasan diberi sepenuhnya kepada bakal pengantin mengikut bajet tetapi tidak selalunya dipersetujui oleh keluarga.

Untuk itu, jalan tengah diambil agar semua pihak berpuas hati dan tidak menjejaskan imej CJ Print.

Dibuka dari 10 pagi hingga 8 malam tujuh hari seminggu, CJ Print memberi peluang kepada sesiapa yang berminat untuk datang dan melihat sendiri sampel ditawarkan.

Kata Marzuki lagi, 70 peratus tempahan yang diterima adalah berdasarkan contoh sebenar menggunakan bungkusan berkualiti tinggi agar pelanggan mendapat sampel sebenar sebelum membuat tempahan.

"Warna cetakan penuh memberi kesan menarik pada bahan bercetak dan memberikan dimensi baru pada apa jua medium atau tujuan," tambahnya.

Selain ucapan 'Terima Kasih' untuk dilekatkan pada kotak cenderahati, CJ Design juga menawarkan rekaan pelekat kecil sehingga grafik bersaiz tingkap penuh di samping label untuk apa jua tujuan.

Jika berminat, hubungi CJ Designer Cards di No. 409G, Diamond Block B, Bandar Baru Bangi, Selangor di talian 03-89451585.

- UTUSAN

2 comments.. read them below or add one

Capo Grande Capo Grande Sabtu, 21 November 2009 pada 8:31:00 PTG SGT
xde web site ke CJ Design nih?? Senang mau promosi dari web...
Tanpa NamaTanpa Nama Ahad, 23 Oktober 2011 pada 9:41:00 PG SGT
cj dah tak ada di alamat bandar baru bangi lagi. boleh hubungi cj di pandan kapital, pandan indah (0192424598) atau teluk intan (0133717232).

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.