3 kumpulan kakitangan awam terima Bantuan Khas RM500

Hanya tiga kumpulan kakitangan perkhidmatan awam Persekutuan dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional saja yang layak menerima Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 seperti diumumkan Perdana Menteri dalam Bajet 2010 yang lalu.

Mereka adalah kumpulan pegawai tetap, sementara, sangkut, sambilan, 'contract of service' dan guru sandaran; kumpulan pegawai yang bercuti separuh gaji dan kumpulan pegawai perkhidmatan kontrak yang putus perkhidmatannya selama satu hari sebelum disambung semula perkhidmatan kontraknya.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (JPA), Tan Sri Ismail Adam, berkata pegawai yang tidak layak adalah pegawai yang mengambil cuti tanpa gaji sepanjang tahun 2009; pegawai yang berkhidmat di agensi yang diasingkan pengurusan saraannya sepanjang tahun 2009; pegawai yang dipinjamkan ke badan antarabangsa atau syarikat swasta sepanjang tahun 2009 dan pegawai yang ditamatkan perkhidmatan demi kepentingan awam atau demi kepentingan perkhidmatan awam dalam tahun ini.

"Turut tidak layak, pegawai yang dikenakan hukuman tatatertib selain hukuman amaran atau amaran keras; pegawai yang memangku Jawatan Utama/ Gred Khas; pegawai lantikan kontrak perkhidmatan," katanya dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 24, 2009 yang disiarkan di laman web Jabatan Perkhidmatan Awam, semalam.

Selain itu, kata Ismail, pegawai yang ditahan kerja, digantung kerja atau surat pertuduhan sudah dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib, ditangguhkan pemberian Bantuan Khas Kewangan itu.

"Pegawai hanya layak dibayar bantuan khas kewangan jika Pihak Berkuasa Tatatertib mendapati pegawai berkenaan tidak bersalah atau pegawai hanya dikenakan hukuman amaran atau amaran keras," katanya.

Beliau menjelaskan, Bantuan Khas Kewangan dibayar kepada pegawai yang berkhidmat pada tahun 2009 dan perkiraan bantuan itu adalah tertakluk kepada genap satu bulan perkhidmatan.

"Kiraan genap satu bulan perkhidmatan bermaksud satu bulan kalendar dan bantuan dibayar pada bulan depan," katanya.

Dalam perkembangan sama, katanya, kiraan bayaran kepada pegawai yang bersara, meninggal dunia, meletak jawatan, tamat perkhidmatan dan tamat kontrak, adalah dibuat secara berimbang mengikut genap satu bulan perkhidmatan.

"Bagi pegawai sambilan, perkiraan berdasarkan genap satu bulan perkhidmatan tetapi dengan syarat mereka bekerja tidak kurang daripada 21 hari dalam sebulan. Sekiranya bilangan hari bekerja dalam sebulan kurang 21 hari, perkiraan bilangan hari bekerja adalah berdasarkan hari bekerja tertinggi dalam bulan berkenaan.

"Bantuan khas ini adalah menjadi tanggungan jabatan di mana pegawai ditempatkan pada bulan pembayaran atau jabatan terakhir di mana pegawai itu bertugas," katanya.

- BERITA MINGGU 3 kumpulan kakitangan awam terima Bantuan Khas RM500

1 comment... add one now

Al Quds Travel Al Quds Travel Ahad, 22 November 2009 pada 10:16:00 PTG SGT
Al Quds Travel Welcome You :-

"FIESTA ALQUDS TRAVEL FAIR"
Date : 10,11,12 December 2009
Time : 10.30 am - 10.00 pm
Venue : Ruang Legar KB Mall K.Bharu
Organizer : Al Quds Travel Sdn Bhd
Tel No : 609-747 9999

Diskaun hebat untuk semua
pakej pelancongan!!

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.