Permohonan e-Rayuan Ke IPTA 2009 Lepasan STPM Dan Setaraf

Keputusan permohonan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) 2009 bagi Program Pengajian Lepasan STPM, Matrikulasi, Diploma, Asasi atau yang setaraf dengannya telah diketahui hari ini 19 Jun 2009.

Mereka yang tidak berjaya mendapat tempat ke IPTA masih berpeluang untuk membuat rayuan. Permohonan e-Rayuan telah pun dibuka kepada pemohon mulai 19 Jun 2009 sehingga 28 Jun 2009. Tarikh tutup permohonan membuat rayuan ialah pada 28 Jun 2009.

Permohonan e-Rayuan ini boleh dikemukan dengan melayari laman web Permohonan Rayuan Ke IPTA Sesi Akademik 2009/2010 bagi program pengajian lepasan STPM dan yang setaraf dengannya.

Permohonan e-Rayuan ini hanya dibuka kepada calon-calon yang ada membuat permohonan kemasukan dan tidak berjaya mendapat sebarang tawaran ke IPTA.

Pemohon hanya boleh mengemukakan permohonan e-Rayuan ini SEKALI SAHAJA dan boleh mengemaskini sebanyak tiga kali sehingga tarikh tutup permohonan.

Calon daripada kategori Lepasan Diploma/Setaraf , dikehendaki menghantar Transkrip Akademik dan salinan dokumen berketerangan sendiri ke IPTA yang di pohon mulai 19 Jun 2009 sehingga 28 Jun 2009 seperti berikut:-

* Maklumat Permohonan;
* Salinan Kad Pengenalan/MyKad Calon;
* Salinan Sijil Kelahiran Calon, Ibu dan Bapa;
* Salinan Sijil Berhenti Sekolah/Surat Akuan;
* Akuan majikan (Jika Berkaitan);
* Salinan Sijil STPM/Setaraf;
* Salinan Sijil SPM/Setaraf;
* Transkrip penuh akademik
* Salinan Diploma/Sijil (Jika Ada);
* Salinan Sijil MUET;
* Salinan Surat Pengesahan Tamat Pengajian; dan
* Salinan Keputusan Bahasa Melayu/ Matematik Julai (Jika Ada);

Keputusan permohonan rayuan kemasukan ke IPTA bagi program pengajian lepasan STPM atau setaraf sesi akademik 2009/ 2010 dijangka boleh disemak pada 10 Julai 2009. Jika pemohon tidak menerima sebarang tawaran selepas 31 Julai 2009, permohonan e-Rayuan tersebut hendaklah dianggap tidak berjaya.

Pihak Bahagian Kemasukan Pengurusan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP, JPT) tidak melantik mana-mana ejen dalam pengurusan rayuan kemasukan ke IPTA. Permohonan e-Rayuan Ke IPTA 2009 Lepasan STPM Dan Setaraf

0 comment... add one now

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.