Khmer Rouge hempas bayi pada pokok

Bekas pemimpin rejim Khmer Rouge, Kaing Guek Eav atau lebih dikenali sebagai Duch memaklumkan bahawa anggotanya membunuh bayi dengan menghempaskan mereka ke pokok di sebuah ‘lapangan membunuh’.

Duch memaklumkan perkara itu semasa satu perbicaraan jenayah perang di Phnom Penh hari ini.

Bekas pemimpin Khmer Rouge itu dibicarakan kerana menyelia penyeksaan dan penghapusan 15,000 rakyat yang ditahan di penjara Tuol Sleng kendalian rejim komunis kejam tersebut.

‘‘Ya, itu yang dilakukan oleh anggota bawahan saya, mereka membunuh bayi dengan menghempaskan mereka ke pokok.

‘‘Saya tidak menyalahkan orang bawahan saya kerana bekerja di bawah saya. Saya yang bertanggungjawab atas jenayah itu,’’ kata bekas pemimpin berusia 66 tahun itu sambil merujuk kepada lukisan-lukisan yang menggambarkan kekejaman yang dilakukan anggota rejim tersebut dari tahun 1975 hingga 1979.

Bekas guru matematik itu yang memakai baju-T lengan pendek berwarna kelabu berkata demikian semasa menghadiri perbicaraan bagi menjawab soalan daripada pihak pendakwa tentang polisi rejim itu di penjara Tuol Sleng, di mana banduan sering ditemani anak-anak mereka.

– AFP Khmer Rouge hempas bayi pada pokok

0 comment... add one now

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.