Anwar fail permohonan bagi batal tuduhan meliwat terhadapnya

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan permohonan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini hari ini untuk membatalkan tuduhan liwat terhadapnya.

Dalam permohonan yang difailkan oleh peguamnya, S.N.Nair, Anwar, 62, juga memohon perintah membatal dan membebaskan beliau dan sebuah perintah menangguh perbicaraan kes liwatnya yang ditetapkan dari 1 hingga 24 Julai ini.

Dia menamakan Pendakwa Raya sebagai responden dalam permohonan tersebut.

Nair memberitahu pemberita bahawa permohonan itu difailkan atas dasar bahawa tuduhan keseluruhan itu adalah satu persendaan, tidak masuk akal dan tidak mempunyai asas sama sekali.

"Tidak ada kes terhadap anak guam saya," katanya, sambil menjelaskan pihak pembelaan tegah berpendirian bahawa tuduhan terhadap Anwar itu adalah satu konspirasi politik.

Nair juga memberitahu bahawa beliau menerima empat dokumen rakaman Kamera Litar Tertutup (CCTV), laporan kimia, kenyataan saksi Anwar dan laporan perubatan pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan dari pengawai penyiasat semalam tetapi masih menunggu dokumen lain.

Anwar didakwa meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari, 23, di Unit 1151, Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun tahun lepas.

Sementara itu, hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah akan mendengar permohonan Anwar Isnin ini bagi mahkamah memerintahkan pendakwaan menyediakan semua dokumen berhubung dengan tuduhan liwat itu.

- BERNAMA Anwar fail permohonan bagi batal tuduhan meliwat terhadapnya

0 comment... add one now

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.