PAS jangka PRU Ke-13 awal, yakin 3 negeri lagi dikuasai Pakatan

Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata, beliau menjangka tiga lagi negeri iaitu Johor, Negeri Sembilan dan Melaka akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata, jangkaan itu adalah berdasarkan kemenangan Pakatan pada siri pilihan raya kecil sebelum ini iaitu di Parlimen Permatang Pauh, Kuala Terengganu dan Bukit Gantang serta Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau.

"Ia menandakan lonjakan dan sokongan kepada kita dan ia akan menjalar pada pilihan raya umum ke-13.

"Saya dah nampak-nampak Johor mungkin jatuh, Negeri Sembilan mungkin jatuh dan Melaka akan jatuh. Ini adalah mimpi ngeri kepada Umno dan Barisan Nasional," katanya semasa sidang media berhubung Muktamar PAS ke-55 di sini.

Muktamar Tahunan PAS ke-55 yang bakal menyaksikan pemilihan bagi kepimpinan pusat dan sayap parti akan berlangsung dari 5 hingga 7 Jun di Stadium Malawati di sini.

Hasan berkata, beliau menjangka pilihan raya umum ke-13 akan diadakan lebih awal daripada tahun 2013 atas alasan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pasti mahukan mandat baru daripada rakyat selepas mengambil alih kepimpinan negara April lalu.

"Kita menjangka pilihan raya umum ke-13 akan diadakan lebih awal sebab saya rasa Perdana Menteri baru mahukan mandat baru kerana kalau beliau jadi Perdana Menteri dengan mandat Datuk Abdullah, saya rasa tidak mantap.

"Beliau perlu dapat mandat sendiri daripada rakyat tentang kepimpinannya," katanya.

Hasan berkata, isu pilihan raya umum ke-13 akan disentuh dalam perdebatan pada Muktamar bulan depan termasuk persediaan dan strategi yang akan dilakukan PAS sama ada dalam parti serta kerjasama dengan dua lagi parti sekutu dalam Pakatan iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Selain itu katanya, antara isu lain yang mungkin akan diperdebatkan adalah pencapaian ahli-ahli PAS yang diberi tanggungjawab dalam pentadbiran terutama di lima negeri yang dikuasai Pakatan iaitu Kedah, Kelantan, Pulau Pinang, Selangor dan Perak.

- MSTAR PAS jangka PRU Ke-13 awal, yakin 3 negeri lagi dikuasai Pakatan

3 comments.. read them below or add one

Tanpa NamaTanpa Nama Jumaat, 22 Mei 2009 pada 8:31:00 PG SGT
johor?mimpi kot,silap semua kwsn kat johor yang diorang menang kalah .pakatan mgkn terluap bahawa kemengan mereka adalah undi protes rakyat.pas lawan mic di dun permas pun kalah.
Tanpa NamaTanpa Nama Jumaat, 22 Mei 2009 pada 9:07:00 PG SGT
org klate

Anon..1, belum try belum tahu. skrg zaman bn tak nak letak calon, jadi PR akan menang dgn mudah kalau BN dah tetapkan polisinya macam tu... Ha Ha Ha

I' M Sori
Tanpa NamaTanpa Nama Jumaat, 22 Mei 2009 pada 11:54:00 PG SGT
org klate mmg la...
bkn tau pa...ikut ja org tua tu kata pa...
elizabeth main dgn budak mlayu pon dia xlarang..
skong lagi adala..aiya..ulama cmna nih??

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.