Misi ketiga berjalan di angkasa lepas


Dua angkasawan Amerika Syarikat (AS) akan 'berjalan' di angkasa lepas bagi kali ketiga hari ini bagi meneruskan kerja-kerja pembaikan Teleskop Angkasa Lepas Hubble dan melengkapkan balai cerap berusia 19 tahun itu dengan satu kelengkapan baru yang penting.

Angkasawan John Grunsfeld dan Drew Feustel hari ini merancang untuk melengkapkan Hubble dengan peralatan sains baru keduanya iaitu Spektograf Asal Kosmik selain memperbaiki Kamera Canggih untuk Tinjauan.

Spektograf itu dibangunkan untuk mengkaji struktur alam semesta dalam menjelaskan bagaimana galaksi membentuk dan berkelompok. Ia juga akan merekod bagaimana elemen kimia terutamanya diperlukan untuk hidup, muncul dan berubah dengan banyak seiring dengan masa.

Kamera canggih tersebut meningkatkan keupayaan pandangan lapangan Hubble serta kecekapan mencerap sehingga 10 kali berbanding ketika ia dipasang pada 2002.

Dalam jelajah angkasa lepas semalam, angkasawan Mike Massimino dan Mike Good telah berjaya memasang giroskop serta bateri-bateri baru pada Hubble, iaitu satu tugas utama bagi misi 11 hari itu dalam memanjangkan hayat operasi teleskop tersebut selama lima tahun lagi.

- AFP

0 comment... add one now

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.