Ibu bekas Menteri Besar Terengganu, Idris Jusoh meninggal dunia

Fatimah Yusoff, ibu bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh, meninggal dunia di rumahnya di Kampung Seberang Jerteh akibat sakit tua.

Pegawai Khas Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Jerteh itu, Kamarul Azman Idris berkata Allahyarham Fatimah, 83, meninggal dunia kira-kira 7.20 malam setelah hampir sebulan uzur.

"Idris bersama enam adik beradiknya berada di sisi Allahyarham ketika beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir," katanya ketika dihubungi di sini.

Solat jenazah dijangka diadakan di rumah Allahyarham kira-kira 10 pagi ini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Raja, Besut.

- BERNAMA Ibu bekas Menteri Besar Terengganu, Idris Jusoh meninggal dunia

5 comments.. read them below or add one

hazman aka species1980 hazman aka species1980 Isnin, 4 Mei 2009 pada 7:58:00 PG SGT
Al fatihah....

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan termasuk dalam golongan orang yg beriman....amin...
Tanpa NamaTanpa Nama Isnin, 4 Mei 2009 pada 1:09:00 PTG SGT
Al fatihah....

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan dimasukkan ke dalam golongan orang-orang yg beriman....amin...
denaihati denaihati Isnin, 4 Mei 2009 pada 2:31:00 PTG SGT
semuga rohnya dicucuri rahmat, kita yang hidup ni menunggu giliran..rasanya tak cukup lagi bekalannya.

Bro thank you join theBlogFrog community.
ise ise Isnin, 4 Mei 2009 pada 9:38:00 PTG SGT
Patut la aku lalu gi keje tadi jalan jem,
Ni area aku ni Bro...
papepun Alfatihah
Unknown Unknown Jumaat, 15 Mei 2015 pada 4:10:00 PTG SGT
al fatihah buat arwah....arwah pernah bersama cikgu dalam program teambuilding di langkawi 2006. arwah amat berwibawa.

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.