Bagaimana ingin menolak cinta?

Oleh RIDZUAN RICHIE

Untuk menolak cinta amat mudah iaitu awak hanya perlu berikan
alasan yang baik. Baik di sini bermaksud logik dan bernas. Baiklah
awak beberapa alasan untuk menolak cinta seseorang ialah:

=> Katakan bahawa awak bangga dia sudah jatuh cinta pada awak dan
katakan pada dia bahawa awak masih belum dapat membalas cintanya
kerana awak sudah mempunyai teman lelaki.

=> Katakan bahawa pada saat ini awak masih belum bersedia untuk
bercinta kerana ingin memberikan komitmen kepada hal-hal lain
seperti keluarga, kerjaya dan sebagainya.

=> Katakan bahawa awak yakin bahawa dia boleh mendapat wanita yang
jauh lebih baik dan sempurna dari awak.

=> Jelaskan padanya awak lebih sayangkan ikatan persahabatan anda
daripada menjadi seorang kekasih yang perlu ada komitmen dan
bersifat setia.

Dan banyak lagi. Mungkin awak boleh berbincang alasan-alasan lain
bersama kawan awak.

Namun, awak perlu ingat bahawa gunakanlah intonasi yang tenang dan
ramah ketika memberikan alasan. Jangan bernada kasar dan
meninggikan suara. Jika awak melakukannya dengan baik maka si dia
akan lebih mudah menerima. Bagaimana ingin menolak cinta?

2 comments.. read them below or add one

denaihati denaihati Selasa, 5 Mei 2009 pada 1:41:00 PTG SGT
emmm belum ada pengalaman menolak cinta kena tolak adalah dolu-dolu.
RiEz RiEz Selasa, 5 Mei 2009 pada 1:44:00 PTG SGT
ermmm kalo nak tolak cinta lelaki yang berumur?

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.