Kes Altantuya - Azilah dan Sirul dihukum gantung sampai mati


Dua anggota Unit Tindakan Khas, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi hari ini selepas bersalah atas tuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu, tiga tahun lalu.

Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Prosiding perbicaraan kes bunuh Altantuya masuk hari ke-160 hari ini.

Pada 31 Oktober 2008, Abdul Razak Abdullah Baginda dilepas dan dibebaskan oleh mahkamah daripada tuduhan bersubahat dengan kedua-dua tertuduh kerana membunuh Altantuya.

- BERITA HARIAN

{ 11 comments.. read them below or add one }

Tanpa NamaTanpa Nama Khamis, 9 April 2009 pada 10:45:00 PG SGT
akhirnya terjawab juga kes ni.
Mohd Shamaizar Maudin Mohd Shamaizar Maudin Khamis, 9 April 2009 pada 11:17:00 PG SGT
yang membunuh tetap salah tapi yang mastermind tetap terlepas..
MaMa Echa&Umar MaMa Echa&Umar Khamis, 9 April 2009 pada 11:31:00 PG SGT
tau xpe..perancang ape cer?x kn terlepas mcm 2 aje..pssst..psst..kambing hitam jugak yg mati akhirnya...
Tanpa NamaTanpa Nama Khamis, 9 April 2009 pada 11:36:00 PG SGT
yang buat dihukum,yang merancang?????????????
Tanpa NamaTanpa Nama Khamis, 9 April 2009 pada 11:45:00 PG SGT
pengajaran pda suma anggota UTK lain kali jgn rela jd kmbing hitam,bertindak ikut arahan membabi buta...akhirnya babi hitam jgak yg trlepas...brtaubatla smentara ade msa...
widydib widydib Khamis, 9 April 2009 pada 12:24:00 PTG SGT
inilah namenyer kambing hitam yg mmg hitam legammmm...
dunia ini hanya sementara. diakhirat bersua jua. lagipun yg hidup akan mati...ajal dah sampai cuma bezanya ajal mereka dirancang.
Tanpa NamaTanpa Nama Khamis, 9 April 2009 pada 12:40:00 PTG SGT
eh kata SYMP...kena la buat.. kita senang la cakap jgn jadi rela buat keje camtu. tapi bukan senang kalau kita berada di tempat mereka. :(
MOHD ADHA MOHD ZAIN (ADHA ZAIN) MOHD ADHA MOHD ZAIN (ADHA ZAIN) Khamis, 9 April 2009 pada 12:46:00 PTG SGT
Allah SWT Maha Mengetahui yang mana betul & yang mana salah
setiap kebaikan & kejahatan akan dihitung & diberi balasan di akhirat kelak
ahmad ahmad Jumaat, 10 April 2009 pada 12:45:00 PTG SGT
sebenarnya kes belum terjawab sepenuhnya sebab dalang bagi kes ni belum ditemui

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.