Sinopsis Buku: Munajat Cinta

Judul: Munajat Cinta

Penulis: Taufiqurrahman al-Azizy

Penerbit: PTS Litera Utama Sdn Bhd (2009)

Harga: RM17 (Sabah & Sarawak RM19)

Halaman: 412

Ruwayda, gadis yang dikurniakan dengan kecerdasan istimewa, lahir daripada keluarga yang kaya, tiba-tiba perlu berhadapan dengan kenyataan pahit yang menimpa keluarganya.

Ayahnya bankrap! Cita-citanya mahu menjadi mahasiswi terkandas. Hampir setiap hari ibu bapanya bertengkar kerana hutang. Jiwa Ruwayda goncang. Kebankrapan memporak-perandakan keharmonian cinta ayah dan ibunya.

Di atas tanah perkuburan Paponan di daerah Parakan, Ruwayda berada pada tahap jiwa yang kritikal. Antara menjadi pelacur supaya mendapat wang cepat atau mengakhiri hidup yang penuh sengsara. Hilang pesona imannya sebagai Muslimah gara-gara belenggu wang, cinta, harga diri dan kebahagiaan.

Novel Islami ini penuh dengan pergolakan jati diri seorang gadis yang mencari jalan hidup, cinta dan imannya. Ia penuh dengan plot, ketegangan, getaran, kasih sayang serta air mata. Sinopsis Buku: Munajat Cinta

0 comment... add one now

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.