Hanya satu kementerian cemerlang - KSN

Hanya satu kementerian dan lima agensi kerajaan memperoleh taraf lima bintang daripada keseluruhan 38 kementerian dan agensi dalam penilaian tahun lalu, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan.

Menurut beliau, kementerian itu ialah Kementerian Kerja Raya sementara institusi berkenaan ialah Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) dan Pejabat Ketua Pengarah Kesihatan.

Sistem Star Rating itu mula diperkenalkan pada tahun 2007 dan dilaksanakan oleh MAMPU bertujuan memberi pengiktirafan kepada sektor awam yang telah membuktikan prestasi cemerlang dalam pengurusan organisasi mereka secara keseluruhannya.

Mohd. Sidek mahu lebih banyak kementerian dan agensi awam memperoleh taraf lima bintang.

Kepada kementerian dan agensi lain yang belum memperoleh taraf lima bintang, jadikanlah kementerian dan agensi lima bintang ini sebagai penanda aras, sementara bagi kementerian dan agensi yang telah mencapai lima bintang, mereka harus bekerja lebih kuat untuk mengekalkan kecemerlangan dalam penilaian pada masa akan datang, katanya pada majlis Penarafan Bintang Agensi Sektor Awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini semalam.

- KOSMO! Hanya satu kementerian cemerlang - KSN

0 comment... add one now

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.