Sektor perbankan masih ambil pekerja - IBBM

Sektor perbankan masih mengambil pekerja meskipun keadaan ekonomi yang sukar ketika ini, kata Institut Bank-Bank Malaysia (IBBM).

"Masih ada bank yang mengiklankan jawatan kosong. Ini bermakna dalam pada orang ramai bimbang mengenai apa yang berlaku, masih ada keperluan untuk bank mengambil pekerja," kata Ketua Pegawai Eksekutif IBBM, Dr. Mohd. Kamal Khir.

Beliau berkata, sektor insurans juga menawarkan banyak peluang pekerjaan dengan kekosongan antara 150 dan 200 di bahagian jualan.

Industri kewangan membabitkan bank-bank konvensional dan operator insurans/takaful.

Mohd. Kamal bercakap kepada pemberita selepas melancarkan laman web Program Pengkayaan Bakat Sektor Kewangan (FSTEP) di www.fstep. org.my di sini hari ini.

Laman web itu dibangunkan bagi meningkatkan kehadiran FSTEP, program perintis yang dibangunkan oleh industri pekhidmatan kewangan dan Bank Negara Malaysia, bagi menyokong keperluan modal insan industri itu.

Kandungan laman web itu akan dikemas kini secara berterusan, adalah wadah saluran komunikasi FSTEP untuk peserta sedia ada dan yang berpotensi.

FSTEP ialah program intensif setahun dengan matlamat melatih dan menyediakan graduan berbakat besar untuk industri perkhidmatan kewangan. Program itu diurus oleh IBBM dan dibiayai oleh Dana Latihan Kakitangan.

Ketua FTSEP Lee Khee Joo berkata, ia bertujuan meningkatkan bilangan graduan tempatan dan asing dalam program itu menerusi pelancaran laman web baharu.

Lee berkata, secara tradisinya, program itu mengambil 10 peratus graduan asing.

"Laman web itu akan membantu kami mendekati mereka dan dengan itu kami berharap dapat menarik lebih ramai graduan asing," katanya.

FSTEP menerima 607 peserta sejak program itu bermula pada Disember 2007

- BERNAMA Sektor perbankan masih ambil pekerja - IBBM

0 comment... add one now

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.