RazakSAT ke angkasa 21 April 2009 ini

Selepas pelancarannya tertangguh beberapa kali sejak ia siap pada 2005, satelit mikro kedua negara, RazakSAT akhirnya bakal dilepaskan ke angkasa dari Bucholz Army Airfield, Kepulauan Kwajalein di Amerika Syarikat (AS) 21 April ini.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Fadilah Yusoff berkata, pelancaran itu turut disertai dua satelit kecil, CubeSAT dan InnoSAT yang dibangunkan bersama Astronautic Technology (M) Sdn. Bhd. (ATSB).

"Kesemua satelit itu akan diterbangkan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dengan pesawat C-130 dari Pangkalan TUDM Subang pada 21 Mac ini,'' katanya selepas menyaksikan persiapan akhir satelit berkenaan di sini semalam.

RazakSAT akan dilancarkan ke angkasa lepas oleh Space Exploration Technology (SpaceX) Amerika Syarikat, syarikat yang ditauliahkan untuk melepaskan satelit itu menggunakan pelancar Falcon-1 milik SpaceX.

Satelit orbit hampir Khatulistiwa itu merupakan jenis pertama seumpamanya di dunia dengan keupayaan menghasilkan imej resolusi tinggi.

RazakSAT sepatutnya dilancarkan akhir 2007 tetapi ditunda berikutan masih tiada slot sesuai bagi pelancarannya.

- KOSMO! RazakSAT ke angkasa 21 April 2009 ini

0 comment... add one now

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.