Penemuan sains terkini

Tahukah anda tentang kebaikan kafein dan pemanis serta bahaya yang tersembunyi di bawah sinki? Ikuti Penemuan ini:

Kafein mampu bunuh sel kanser kulit

Dalam Journal of Investigative Dermatology, satu penemuan baru membuktikan bahawa pengambilan kafein mampu membunuh sel kanser kulit.

Dengan pengambilan kopi atau teh, kebarangkalian untuk mendapat kanser ini adalah rendah malah mencapai sehingga lima peratus.

Biarpun krim perlindungan matahari anda tinggi kandungan SPF, ia tidak semestinya mampu menahan panahan matahari daripada membakar kulit anda. Menurut kajian beberapa pakar kulit dari Australia, nilai SPF hanyalah ‘penunjuk’ bagi menentukan berapa lama anda dapat bertahan sebelum ‘terbakar’.

Rupa-rupanya: Kafein yang diambil secara sedikit setiap hari boleh ‘melindungi otak’ daripada kesan penyakit dementia (nyanyuk) untuk jangka masa panjang.

Bawah sinki punca asma

IA merupakan tempat biasa dan strategik bagi suri rumah menyimpan pelbagai produk pembersih seperti peluntur, amonia dan pencuci lantai.

Namun keadaan ini secara tidak langsung memberi implikasi terhadap kanak-kanak yang menghidap asma.

Menurut satu kajian di State University of New York, serapan boleh berlaku malah mampu merosakkan paru-paru kanak-kanak apabila terdedah dalam jangka masa panjang. Malah ia memburukkan keadaan pesakit asma.

Rupa-rupanya: Penggunaan sabun biasa, air dan kekuatan tangan untuk membersihkan rumah mampu memperbaiki sistem pernafasan anda.

Pemanis juga lindungi gigi

RASA manis pada kurma baik untuk kesihatan gigi. Gula-gula semula jadi ini mempunyai enamel dan pelindung bagi menguatkan gigi serta mengelak daripada berlakunya plak gigi.

Mempunyai kandungan florin, gula kurma sihat ini membantu menterbalikkan proses pereputan gigi di samping menyediakan kandungan fiber, vitamin, asid amino dan mineral.

Rupa-rupanya: Aktiviti flos gigi setiap hari akan memudakan umur anda sehingga 6.4 tahun, menurut Persatuan Pergigian Amerika (ADA).

- KOSMO! Penemuan sains terkini

0 comment... add one now

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.