Isu rasuah: Adnan Yaakob disaran letak jawatan

Empat daripada lima orang pemimpin Umno Pahang dikenakan tindakan oleh Lembaga Displin UMNO dari kawasan Paya Besar adalah wakil rakyat dan merupakan proksi kepada Dato' seri Adnan Yaakob, Menteri Besar Pahang.

Justeru, Ketua Umno Bahagian Paya Besar, Dato' Ahmad Tajuddin Sulaiman yang gagal disingkir Adnan menggesa supaya Adnan Yaakob meletakkan jawatan bagi mengambil tanggungjawab di atas kelakuan buruk anak buahnya.

Ahmad Tajuddin yang juga merupakan bekas Adun Lepar sebelum dicantas Adnan dalam pilihan raya umum 8 March lalu menyelar penglibatan pemimpin Umno bahagian itu yang secara tidak langsung menjejaskan imej serta maruah Umno Pahang keseluruhanya.

Kelmarin, Lembaga Disiplin Umno menjatuhkan hukuman terhadap Ahli Parlimen Paya Besar, Dato' Abdul Manan Ismail digantung daripada parti selama setahun, manakala Timbalan Ketua Umno Bahagian Paya Besar, Dato' Md Sohaimi Mohamed Shah (Adun Sg. Lembing), Naib Ketua Umno Bahagian Paya Besar Mohd Shohaimi Jusoh (Adun Lepar) dan Anggota Jawatankuasa Umno Bahagian Paya Besar Mohd Zaili Besar (Adun Panching) diberikan amaran. Seorang lagi ialah Ketua Pemuda Umno Maran Mohamad Najuib Mohamad Shahaimi digantung keanggotaan selama tiga tahun.

Ahmad Tajuddin mendakwa, semua pemimpin terbabit sebenarnya mendapat adalah orang Menteri Besar selaku Ketua Perhubungan Umno Negeri, tambahan pula Dato' Manan adalah merupakan proksi Adnan untuk menewaskan Tajudin di Paya Besar. Namun, beliau gagal dalam misinya dan ditewaskan oleh Ahmad Tajuddin dalam mesyuarat Umno bahagian Paya Besar.

Tajudin sebelum ini telah mencetuskan kontroversi apabila meletakkan jawatan beliau selaku Setiausaha Perhubungan Umno Negeri dan mendedahkan beberapa isu berkaitan penjualan tanah Umno Pahang.

- HARAKAH
www.harakahdaily.net Isu rasuah: Adnan Yaakob disaran letak jawatan

0 comment... add one now

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.