Hina Sultan Perak, suami isteri didakwa di Kuala Terengganu

Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Sesyen 3 di Kuala Terengganu, hari ini atas pertuduhan menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, melalui komen yang dihantar ke satu laman web pada 14 Februari lalu.

Ahli perniagaan, Fuad Ariff Abdul Rashid, 35, dan Fatimah Maisurah Abdullah, 34, menghadapi dua pertuduhan menghantar komen itu di http://books.dreambook.com/duli/duli.html yang mempunyai pautan kepada laman web pejabat Sultan Perak, www.sultan.perak.gov.my dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.

Kedua-dua tertuduh menghadapi pertuduhan secara bersama menghantar komen menghina Sultan Perak pada jam 7.57 dan 8.01 pagi pada 14 Februari lalu, di alamat No 1206, Kampung Tok Kaya, Chabang Tiga, di sini secara sedar dan sengaja untuk menyakitkan hati orang lain.

Pendakwaan di hadapan Hakim Mohammad Khalid Abd Karim, dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Kanan Jabatan Peguam Negara, Datuk Azmi Ariffin.

Pasangan itu didakwa mengikut Seksyen 233(1)(9) dan (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara minimum setahun.

Fuad yang memakai kemeja berbelang putih dan seluar hitam sedondon dengan isterinya yang berkebaya dan tudung rona sama diwakili Peguam, Wan Zainuddin Wan Musa dari Wan Zainuddin & Co, tidak mengaku bersalah dan mohon dibicarakan dan dibebaskan dengan ikat jamin RM6,000 seorang.

Mahkamah menetapkan 20 April ini untuk sebutan semula kes.

- BERITA HARIAN
www.bharian.com.my

KOMEN:
- Lain kali berhati-hati bila bagi komen @ pandangan di mana-mana sekalipun. Jaga tutur kata kita & kalau berbeza pandangan sekalipun, gunakan bahasa dengan cara yang berhikmah dan tidak menyinggung mana-mana pihak :)
Hina Sultan Perak, suami isteri didakwa di Kuala Terengganu

4 comments.. read them below or add one

Tanpa NamaTanpa Nama Isnin, 16 Mac 2009 pada 1:43:00 PTG SGT
Kerana seekor kerbau bawa lumpur terpalit habis semuanya.
Tolong2lah bersihkan semua palitan yang terlekat pada badan kerbau tu ye
Tanpa NamaTanpa Nama Isnin, 16 Mac 2009 pada 4:53:00 PTG SGT
Orang Melayu...beringatlah sebelum terlambat. Kenapa mesti saling mengaibkan sesama sendiri bangsa Melayu? Jangan dah terhantuk baru nak terngadah. Banyak2kan la berfikir gune akal yang dah diberi oleh Allah...jangan malukan bangsa Melayu.
nurul izzah nurul izzah Isnin, 16 Mac 2009 pada 6:47:00 PTG SGT
salam.
kalau saya x salah, semua yang didakwa adalah bkn rakyat Perak kan?
kenapa la bengang lebih2 pulak ngan Sultan Perak. Sampai ada yang mengeluarkan kata2 lucah.
Betul tu..hati2 bila bagi komen. Jgn sampai kena dakwa.
Hormat menghormati lah sesama kita ye..peace.
Tanpa NamaTanpa Nama Isnin, 16 Mac 2009 pada 10:06:00 PTG SGT
Berbahasa perlu sopan santun. Walau dlm tulisan, kesopanan perlu ada.

View Profile: Rantong™

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.