Wanita tercantik di dunia 2008

Artis wanita yang berasal dari Welsh, Catherine Zeta Jones dipilih sebagai Wanita Tercantik Dunia melalui sebuah ramalan pendapat antarabangsa pada tahun 2008. Bintang berusia 38 tahun itu menjadi pilihan utama yang memperoleh undian dari seluruh dunia.

Ini menandakan umur bukan ukuran seseorang itu dinilai cantik. Dengan gaya dan keanggunannya, Catherine membuktikan bahawa dia masih boleh 'mencuri' mahkota itu daripada artis muda yang cantik dan jelita. Carta ini membolehkan golongan wanita memilih ikon wanita tercantik kegemaran mereka.

Sementara itu, artis tercantik sekitar tahun 1960-an, Brigitte Bardot berada di tempat kedua, manakala bintang Breakfast At Tiffany, Audrey Hepburn di tempat ketiga.

Manakala berdasarkan laman web According To You, membariskan aktres terkenal yang membintangi Dark Angel, Jessica Alba sebagai salah seorang daripada 10 orang wanita tercantik di dunia.

Seterusnya diikuti oleh Salma Hayek, Sandra Bullock, Catherine Zeta Jones, Pamela Anderson, Angelina Jolie, Halle Berry, Jennifer Aniston, Eva Longoria dan Cindy Crawford.

Malah, ada juga yang menyatakan bahawa 10 wanita tercantik dunia ialah Angelina Jolie, Christy Turlington, Puteri Rania-Jordan, Sophia Coppolla, Nigella Lawson, Uma Thurman, Emmanuelle Bart, Kate Moss, Aishwarya Rai dan Puteri Charlotte-Monaco.

Menariknya, Marilyn Monroe dan Elizabeth Taylor berjaya mengalahkan Jessica Biel dan Sienna Miller yang lebih muda daripada mereka.

Tidak hairanlah jika kedudukan Angelina Jolie hanya di tangga ke-50.

- REUTERS Wanita tercantik di dunia 2008

0 comment... add one now

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.