Ahli Parlimen Bukit Gantang, Perak (PAS) meninggal dunia


AL-FATIHAH

Ahli Parlimen Bukit Gantang Perak, Roslan Shahrum dari PAS meninggal dunia hari ini.

Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Agung Pas Datuk Kamaruddin Jaafar.

Difahamkan Allahyarham diserang sakit jantung ketika beliau keluar dari rumahnya dengan berbasikal dan Allahyarham terjatuh semasa mengayuh basikal berdekatan dengan stesen minyak Petronas di Pekan Batu Gajah.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Safiah Harun bersama 11 orang anak.

Ini bermakna, pilihanraya kecil akan diadakan dalam tempoh 60 hari.

Dalam pilihanraya umum lalu, Roslan mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Abdul Azim Mohd Zabidi dari Umno dengan majoriti 1,566 undi.

Roslan mendapat 20,015 undi manakala Abdul Azim menerima 18,449 undi. Manakala calon nebas, M. Morgan mendapat 872 undi.

- MALAYSIAKINI

0 comment... add one now

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.