Relaksasi...Ianya Mudah!

Duduk di atas kerusi, mata tertutup dengan memandang ke bawah ,tangan di sisi badan dan kaki rata di atas lantai atau baring dengan mata tertutup dan letakkan tangan di sisi badan anda

1.jari-jari tangan-
Bernafas secara perlahan-lahan, genggam jari tangan anda,tahan dalam kiraan 5 dan lepaskan secara perlahan-lahan. Ulang sebanyak 5x.

2.sendi pergelangan tangan
Bernafas secara perlahan-lahan, genggam jari dan bengkokkan sendi pergelangan ke atas, tahan dalam kiraan 5 dan lepaskan secara perlahan-lahan. Ulang sebanyak 5x.

3.sendi siku
Bernafas secara perlahan-lahan bengkokkan sendi siku dan rapatkan penumbuk ke bahu anda, tahan dalam kiraan 5 dan lepaskan secara perlahan-lahan. Ulang sebanyak 5x.

4.sendi bahu
Bernafas secara perlahan-lahan rapatkan sendi bahu kearah telinga, tahan dalam kiraan 5 dan lepaskan secara perlahan-lahan. Ulang sebanyak 5x.

5. tulang belakang
Bernafas secara perlahan-lahan rapatkan kedua tulang belakang dengan menolak bahu ke belakang, tahan dalam kiraan 5 dan lepaskan secara perlahan-lahan. Ulang sebanyak 5x.

Ianya boleh dilakukan bila-bila masa dan di mana jua.Mudah bukan! Relaksasi...Ianya Mudah!

0 comment... add one now

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.